Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 17 April 2012

Berita : Sanggup Ponteng Sekolah Kerana Ingin Memadu Asmara


SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

p/s : budak mandi di tepi kolah, lepas mandi beli ais krim,
        di suruh belajar, ponteng sekolah, pegi menggatal bukan muhrim.

Sumber : Here



10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

gatal tahap gaban nie

Anonymous said... Best Blogger Tips

sedap kot buat tu..tu dia nak..

ikan bilis said... Best Blogger Tips

tersampuk

Anonymous said... Best Blogger Tips

harga dirinya murah semurah harga hotel itu. ibarat jualan murah di pasar setiu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

owh Era..siap ko!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo dah mcm ni agak2 bleh kawin free tak??

Anonymous said... Best Blogger Tips

disuruh belajar,ponteng sekolah,
pegi mengatal bukan muhrim,
sebab mak bapak tak ambil kisah,
ditangkap basah dgn si Karim.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Orang perempuan ni bodoh ek? Lelaki gendut, hitam pun nak buat seks. Kalau muka hensem giler, duit banyak tak kesahlah.. ni sampah sarap pun tarak. BODOH.

Anonymous said... Best Blogger Tips

fap fap fap fap

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anon 21 April 2012

Engko la bodoh. Sesat pulak tu. Ko sape nak letak syarat yg buat zina ni kalau hensem dan kaya giler, dibolehkan?

Membonceng motor dan berdating semuanya zina. Kerana mendekati zina, dimana Quran melarang mendekatinya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...