Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 14 February 2012

Sejarah : 29 Fakta Rahsia Mengenai Malaysia


Warning!! Benda ni tidak dapat di sahkan kebenarannya. Sekadar share benda yang dijumpai di dalam blog orang lain. So, komen tu berhemah la. Bukan confirm betul dan tepat.. 

Terdapat 29 rahsia negara yang tak pernah kita tahu sebelum ni, tapi aku sendiri pun tak tahu sama ada fakta tu benar atau pun tidak..Terpulang pada diri masing-masing dalam membuat kesimpulan, kalau ada yang nak kait kan dengan Freemason atau Illuminati pun lantak korang laa..Tapi jangan terlampau excited sangat, sebab biasa la, nanti ada yang memandai reka fakta sendiri =)

29 Rahsia Negara:

1.  Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.  Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca daripada kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3.  Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.  Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (fakta tak dapat disahkan).

5.  Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapal nya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6.  Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakkan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya  tentera Malaysia lah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tak diiktiraf.

7.  Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8.  Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan standby di kokpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas yang melibatkan Singapura.

9.  TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10.  Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70-80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11.  Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas perkara ini dibocorkan media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12.  TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13.  Filipina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua pesawat pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14.  TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Rusia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik ketika itu.

15.  Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutamanya radar melalui sistem peperangan elektronik nya dari dahulu hingga sekarang.

16.  Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17.  Tentera Singapura akan membawa peluru hidup tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas yang membabitkan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu suatu masa dahulu.

18.  CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem 'The Entrapment' lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones (fakta tak dapat disahkan).

19.  Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (fakta tak dapat disahkan).

20.  Malaysia merupakan satu-satu nya negara di dunia yang berjaya menghapuskan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21.  Program pemodenan ATM yag dikenali sebagai PERISTA dibatal kan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed apabila terlampau banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22.  Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung pada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23.  Pesawat Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamed pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir yang kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri oleh seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24.  Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25.  Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26.  Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia pernah menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27.  Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa anak kapal nya hilang.

28.  Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970-an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO- hal ini pernah di dokumenkan dalam surat khabar dan sebuah buku yang boleh di temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29.  Komando Malaysia pernah menceroboh kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.

p/s : Ingat.. semua benda ni tidak dapat disahkan samada fakta atau auta semata-mata.. sekian..

Sumber : Sochai


33 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

hentikan budaya "1st"!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

sibuk...dah dpt 1st nak bising2 pi mampos lah..2nd

Anonymous said... Best Blogger Tips

bila aku baca info ni rase cam negara ni hebat kot..

Anonymous said... Best Blogger Tips

boooooooooooo

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak da pun dalam wikileaks...di mana bumi dipijak..smbg sdri

Anonymous said... Best Blogger Tips

negara islam rangkin yg terkuat pakistan setakat ni...yg TUN g sana mungkin kot....yg aku penah dengar kita byk belajar dgn gerila tentang seluk beluk utan

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous gerila 2 ape???

Anonymous said... Best Blogger Tips

yang sebenarnya,tak ada negara islam yang kuat pun sekarang ni,semua nya dibawah kuasa Amerika dan Britain..Pakistan sendiri jadi pangkalan tentera Amerika untuk serang Afghanistan lepas insiden 9/11 yang dicipta yahudi laknatullah.. ^^.

ben xii said... Best Blogger Tips

elehh

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang singapore kalau ade hal, macam berebut pulau mesti jet diorang mesti masuk m'sia..

Anonymous said... Best Blogger Tips

perlu ke perkara seperti ini di dedah kn kpd umum?

Anonymous said... Best Blogger Tips

no 24. "Mengelar" juruterbang msia???
or "menggelar"?

Anonymous said... Best Blogger Tips

rahsia nie..jngan bgatau kat orang ye..kahkahkah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg fakta nombor 6 tuh pernah dgr.. kecoh gak tuh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

@thehellwiththeworldtoday--1st
ben xii dah insaf..ko bila lak nk insaf..jgn jd bodoh...

muhdhuzaifah83 said... Best Blogger Tips

No 6 tue mmg fakta..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku pernah praktikal kat tempat repair pesawat tentera...
diorang memang cakap pilot2 malaysia ni memang berani mati....

Anonymous said... Best Blogger Tips

hohohoho...hebat & xde publisiti.

Anonymous said... Best Blogger Tips

info yg mnarik...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cm ni la SEPATUTNYE ...NAIKKAN SEMANGAT SESAMA BANGSA....BGUS ADMIN!!!
GUDJOB!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ader kapal selam yg x bole selam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous pilot nie dulu penah jdi mat rempit kot..

Anonymous said... Best Blogger Tips

berbagai senjata telah d curi dari stor senjata oleh anggota al maunah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pernah dengar kapal selam Indonesia tenggelam?

Anonymous said... Best Blogger Tips

sbnrnya komando2 malaysia ni dasyat ooo kalau korg terjumpa bkas komando korg intervew la...blum lagi cerita pasal polis SB lagi....no 19 t u btul ooo Malaysia anta sorg komando ja si Kanang

Anonymous said... Best Blogger Tips

gerila tu gorila..

Anonymous said... Best Blogger Tips

saya difahamkan fakta no 6 tu betul... dalam misi tu sorang komando Malaysia telah terkorban... yang bantu tu tentera Malaysia tapi dlam crita blackhawkdown tu diputerbelitkan

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg no 19 sy penah dengar dr mulut seorng veteran askar melayu..

bnde tu berlaku wktu konfrontasi filipina & indonesia. filipina mndakwa negeri sabah merupakan negeri yg berada dibawah kesultanan sulu yg telah di pajak oleh british, maka, lepas british balik, filipina pon mnuntut balik negeri sabah dan xbersetuju dengan pembentukn Malaysia. so, komando malaysia telah di arahkan utk mngambil dokumen perjanjian antara sultan sulu dan british tu dan disebabkn itu, filipina xdapat mnuntut sabah kembali sbb surat pjanjian tu da xada dengan mereka.. begitulah lebih kurang ceritanya..

kami lemah said... Best Blogger Tips

mahathir bukan pemimpin islam.. seseorang yg bergelar pemimpin islam mesti mesti melaksanakan perintah allah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

no.29 tu aku suke.. hehe..

Unknown said... Best Blogger Tips

Bila nak hantar pergi Gaza pulak.....

Unknown said... Best Blogger Tips

hebat macam mana pun, dengan sulu pun terlepas...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...