Senarai Ranking 10 Orang Terkaya di Malaysia:
1. Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion
2. T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM42.99 bilion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd) - RM11.36 bilion
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB Hicom) - RM9.53 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion
7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM6.58 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion
10. Ong Beng Seng - (RM 4.92 billion)

Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.
Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.
Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.

Sumber : Here
19 comments:
Eemm he2..
1
Aku fist la mangkok! Apa pulak ko yang 1..xpahan aku..
hehe..third!Q
dah first tuh diam2 ar xpasal2 aku forth
haha..pe la mangkok!
nape menteri2 xpon PM sendiri termasuk dalam golongan di atas....???
ko ngat gaji PM besar sgt ker..?
duit bnyak tp dh nk mampos xda guna jgk..wakaka
Syukur ade bumiputra..Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary....patotla makin kaye sbb suke brsedekah... Trima ksih Tan Sri sbb bg bantuan kt sek2 yg dpgl bantuan kwamp.... Betul ke info aku ni hehehe
last..sapa komen lagi mlm ni anu dia tersangkut kat zip
arghhh..anu aku tersepittt
11. Hjh Rosmah lom kira cincin,beg tangan dll..
ramai yg kaya raya d m'sia nie.. tp rakyat masih miskin lagi.. dasar kapitalis..
mcm ni la dunia skrg. yg kaya bertambah kaya. yg miskin kekal miskin sbb kekangan & taraf hidup yg semakin meningkat. gaji naik pn xder guna sbb harga barangan pn ikut naik. haihh
Hidop Anons..tahniah yg dpt 1st..korag lah legacy aku..bravo2...harta billion2 biasanya melahirkan generasi angkuh..bodoh..sial..kurang ajar..jumud..jahil..bukan semua tp kebanyakan dn kenyataan ..
apsal mamat yang mengaku trillionaire first kat dunia tu xde dlm list....
ketua menteri Taib Mahmud takde plak? hehehe. :p
ahli politik mane ade masuk senarai orang kaya malaysia ni. kalau masuk memang pegang carta top2 la. hajah rosmah 1begtangan no.1
Post a Comment