Kongsikan Entri Kami

Saturday 28 January 2012

Berita : Sanggup Patah Tangan Demi Menyelamatkan Bayi Yang Terjatuh Dari Tingkat 10


Wu Juping (31), seorang ibu yang mempunyai bayi berusia tujuh bulan, melihat budak kecil tergantung di tingkap sebuah pangsapuri. Tanpa berfikir panjang, dia menanggalkan kasut tumit tingginya dan berlari ke arah pangsapuri itu.

Wu digelar sebagai heo oleh televisyen nasional China, yang memaparkan gambar Wu sedang berada di hospital. Akan tetapi, Wu mengalami tulang yang patah kerana menangkap di bayi jatuh yang dipanggil 'Niu Niu' oleh media Jepun.

Niu Niu juga mengalami luka parah dengan pendarahan dalaman dan keadaannya masih kritikal. Ketika kejadian, Niu Niu ditinggalkan sendirian oleh ibunya di tingkat 10 pangsapuri yang mereka huni. Niu Niu jatuh di tangan Wu dan tercampak ke rumput. Wu terus pengsan kerana kekuatan hentaman tubuh bayi yang dia selamatkan. Pengarah hospital di Fuyang tempat Wu dirawat, Jin Dengfeng, memberinya rawatan percuma setelah mengetahui tindakan wanita itu.

"Dia rela mempertaruhkan nyawanya dengan menangkap bayi. Dia boleh saja terbunuh atau lumpuh seumur hidup jika tubuh kanak-kanak itu mengenai kepala atau punggungnya, "kata Jin.

Sedangkan Wu, mengaku tidak menyesal menyelamatkan nyawa Niu Niu walaupun dia sementara ini terpaksa berhenti memberi susu ibu kepada bayinya sendiri. "Saya berharap Niu Niu akan sembuh," ujarnya dengan sayu.

Sumber : Here



6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Naluri sorg ibu.

relaxsudah said... Best Blogger Tips

thx for the kredit...: )

sabree hussin said... Best Blogger Tips

dekat china ni macam2 hal ye

Anonymous said... Best Blogger Tips

at last, ada pon berita bagus dari china..

Anonymous said... Best Blogger Tips

gud story from China....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni pula cerita yg hampir sama dari...
Sila download.....

http://www.mediafire.com/?5nghabdzlwzvwa9

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...