Kongsikan Entri Kami

Monday 19 December 2011

OMG : iPhone 4S Paling Mahal Di Dunia Berharga RM 29.5 Juta (5 Gambar)


Siapa yang beli iPhone 4s? Mahal kot.  Baru-baru ini iPhone telah mengeluarkan produk terbaru diberi nama iPhone 4S dan ianya sangat menjadi perhatian ramai mungkin kerana aplikasi SIRI yang terdapat di dalamnya. Post kali ini memang berkisar tentang iPhone 4s tapi bukan iPhone 4S biasa. Kami ingin kongsikan gambar iPhone 4S Elite Gold, iPhone yang paling mahal di dunia berharga RM 29.5 juta (6,000,000 Pound)



kotak iPhone 4S elite


Nak tau kelebihan dia? iPhone 4S Elite Gold ini dihiasi dengan 500 berlian sempurna yang berjumlah 100 karat semuanya. Bahagian belakang iPhone ini diperbuat daripada emas 24karat dan logo apple itu juga diperbuat daripada emas 24 karat dan ditatahkan dengan 53 biji berlian. Butang home juga diperbuat daripada emas dan dilengkapi dengan sebutir berlian 8.6 karat.


Tidak cukup dengan itu, ia juga didatangkan dengan kotak yang diperbuat daripada platinum serta butiran opal, pietersite, charoite, rutile quartz, dan star sunstone. Tak cukup dengan itu ia juga dilengkapi dengan tulang tyrannosaurus rex yang digilap haha. So, amacam? Ada berani nak beli? Berani tu ada kot, duit je takde. Hehe

Sumber: Here




1 comments:

ben xii said... Best Blogger Tips

aku amik , aku gadai

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...