Kongsikan Entri Kami

Saturday 24 December 2011

Info : Pengguna Malaysia Ditipu, Tiada TV LED di Malaysia


Nampaknya ramai tertipu dengan pembelian TV LED sebenar yang sebenarnya  adalah LCD, kerana TV LED hanyalah daripada Sony dan ia hanya ada di Negara pengeluar, iaitu Jepun.

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya banyak dijual di Malaysia. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. "Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun."

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya," katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

"Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED." Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. "Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED," katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

p/s : Betul ke ni.. TV dkt rumah aku pun Sony LED.. adeh..takkan kena tipu kot..  Hm..Ntahla.. Tak kesahla..asalkan jelas time tgk bola.. hehe




Sumber : Here

7 comments:

asyrafasnawi said... Best Blogger Tips

gua pakai tv yang zaman dulu2 lagi hehe.

Anonymous said... Best Blogger Tips

adusss ak tertipu....:(

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi aku penah stadi pasal TV ni..setahu aku samsung je yg ade tv LED..sebab samsung adelah pembekal utama skrin TV..mane2 kompeni yg buat TV xkesah la,sony ke,anasonic ke,toshiba ke,diorang cume buat enjin tv je,skrin diorang samsung yg buat..

zicron21ck said... Best Blogger Tips

dia bukan led, cuma cahayanya daripada led... paparan depan tu masih LCD...

pencahayaan sebelum selalu mai dari plasma atau cold cathode fluorescence lamps....

dengan menggunakan led, kurang tenaga elektrik yg digunakan dan kurang panas berbanding lcd/plasma...

Anak Askar Pencen said... Best Blogger Tips

Saya pakai Flat screen CRT 29' jer, jelas & terang.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

admin rela ditipu~~

Anonymous said... Best Blogger Tips

wa pakai sharp 70 inch .. internet skali dgn 3d,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...