Kongsikan Entri Kami

Saturday, 24 December 2011

OMG : Jualan Nike Air Jordan 11 Retro Cetus Kekecohan (3 Gambar)


California – Kekecohan melanda kedai kasut sukan di seluruh Amerika Syarikat apabila orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan kasut versi klasik edisi terhad Air Jordan, keluaran Nike yang dijual pada harga RM600 sepasang.

Biarpun ia baru dibuka untuk jualan, namun kasut berkenaan sudah berada di dalam eBay dengan harga mencecah hampir dua kali ganda. Pembeli bukan sahaja tidak sabar untuk mendapatkan kasut berkenaan malah mereka juga bergaduh sehingga memaksa polis di Seattle terpaksa menggunakan penyembur mata bagi meleraikan mereka.


Kejadian berlaku ketika lebih 2,000 orang beratur untuk membeli kasut tersebut di sebuah pusat beli-belah sejak awal pagi lagi. Salah seorang daripada mereka ditangkap kerana menumbuk seorang anggota polis.

Selain Seatle, kekecohan turut melanda Georgia, California, Michigan, Utara California, Omaha, Indiana dan Nebraska.

Semuanya berebut untuk mendapatkan kasut terbaru keluaran Nike sehingga ada antaranya yang ditangkap kepada memecahkan pintu kedai dan mencuri, malah ada yang melepaskan tembakan kerana tidak sanggup untuk beratur panjang.


Setiap tahun, Nike akan mengeluarkan kasut edisi terhad Air Jordan, selepas mendapat kebenaran bintang bola keranjang  Chicago Bulls, Michael Jordan. Ia pertama kali dikeluarkan pada 1985.

Menurut laman wen Nike, bagi tahun ini, kasut berkenaan yang dikeluarkan dengan warna putih dan hitam itu dijual pada harga RM600 sepasang dan dikeluarkan dalam pelbagai saiz termasuk bayi.

Dalam pada itu, jurucakap Nike gagal dihubungi bagi mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di kedai Nike di seluruh Amerika Syarikat.


p/s : Sebab kasut pun boleh jadi macam ni ker? Memang low class mentality...





Sumber : Here

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa nak jadi ngan manusia skrng nih.,..ramai yg pelik dari yg waras......

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...