JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya.
Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.
Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph pada Khamis.
Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang.
Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang.
Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu.
Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas.
Kira-kira 168,000 orang meninggal dunia dalam tsunami Indonesia 2004, yang mengorbankan kira-kira 230,000 nyawa di seluruh dunia. - Bernama
2 comments:
Keijaiban....
second!!
Post a Comment