Kongsikan Entri Kami

Monday 12 December 2011

Kesian : Kucing Menemani Bayi Yang Dibuang


Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing saja.

Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.

“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim.





Sumber : MN

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

tgk kucing pun teman owang....tapi owang bunuh kucing...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ko bahase ape ni owang2 ni??ko ingat cute sangat ke tulis owang??meh aku nak ajar ko.ORANG okay.ORANG

Anonymous said... Best Blogger Tips

nak ajar orang berbahasa, tapi kau pun guna "ko", "bahase", "ape"..

Cr4Zy_NooB said... Best Blogger Tips

Anonymous @ Anonymous HAHAH di sini la x berngam nie :P

MIZZSEVEN said... Best Blogger Tips

sian bayi tu siapa yang kejam buang dia ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

mak bapak dia lah yg buang...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bayi berusia 8 bulan? dah leh merangkak kot baby tu..klu 8 hari fahamla..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan 8 bulan lah bayi tu baru lahir ,,,,maksud admin tu bayi berumur 8 bulan tu anak jiran mak tam ,,,,, cuba ko baca balik......

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...