Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Tuesday, 5 November 2013

Cool : Kerepek Kentang Bersalut Coklat Pertama Di Dunia (3 Gambar)


 Kini, produk terbaru keluaran Lay's iaitu kerepek kentang bersalut coklat sudah pasti akan merubah dunia makanan ringan buat selama-lamanya.

Walaupun kerepek kentang mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat kecil, namun Lay's merupakan syarikat snek terbesar yang mula mengambil langkah secara besar-besaran untuk mengembangkan produk ini. Sebelum ini, pihak Pringles sudah pun memasarkan perasa baru produk kerepek kentang keluaran mereka iaitu White Chocolate Peppermint, Pumpkin Pie Spice dan Cinnamon & Sugar. Walaupun diterima baik oleh pembeli, namun harapan tinggi tetap diletakkan pada produk keluaran Lay's untuk menerima pendekatan yang lebih baik.

Kerepek kentang keluaran terbaru ini akan dijual pada harga US$3.49 setiap paket dan dipasarkan hanya untuk tempoh masa yang terhad iaitu dalam masa cuti Krismas. Sekiranya mendapat sambutan hangat, mereka akan cuba memasarkannya secara tetap.


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Kerepek Kentang Bersalut Coklat Pertama Di Dunia (3 Gambar)"

Sunday, 22 September 2013

Serius : Ratusan Gadis Menyertai Pasukan Tentera Di Syria (15 Gambar)

Ratusan Gadis Menyertai Pasukan Tentera Di Syria.
Admin amat sedih melihat gadis yang sepatutnya menjadi seorang isteri di rumah kini terpaksa menjadi askar dan berperang. Ini adalah antara mereka yang menjadi tentera di Syria demi kesejahteraan negara itu. Admin berdoa agar negara itu akan aman satu hari nanti. 

Read More.. "Serius : Ratusan Gadis Menyertai Pasukan Tentera Di Syria (15 Gambar)"

Wednesday, 19 December 2012

Serius : Ronaldo (Brazil) Semakin Kurus Selepas 3 Bulan Dalam Realiti TV (4 Gambar)

Ronaldo (Brazil) Semakin Kurus Selepas 3 Bulan Dalam Realiti TV.
Realiti TV ala-ala Biggest Loser di Brazil telah berjaya membantu Ronaldo untuk kurangkan berat badannya sebanyak 15kg dalam hanya 3 bulan. 




Read More.. "Serius : Ronaldo (Brazil) Semakin Kurus Selepas 3 Bulan Dalam Realiti TV (4 Gambar)"

Thursday, 22 November 2012

Kesian : 5 Budak Mati Di Dalam Tong Sampah (4 Gambar)


Lima budak berusia sembilan hingga 13 tahun yang melarikan diri dari rumah, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan selepas mereka terhidu racun karbon monoksida akibat tong sampah yang menjadi tempat mereka berlindung, disambar petir.
 
Budak berkenaan yang merupakan adik beradik dan sepupu itu lari dari rumah lebih seminggu lalu. Mereka dijaga oleh nenek mereka yang buta di perkampungan Caqiangyan.
Mayat budak-budak berkenaan. Zhongjin, Zhonghong, Zhonglin, Chong dan Bo ditemui dalam tong sampah.Ketika kejadian, hujan lebat dan cuaca sejuk hingga ke paras 4 darjah celsius.

Malang menimpa apabila petir menyambar tong sampah itu, menyebabkan mereka meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida itu. Bapa mereka dipercayai pemungut sampah di Shenzhen, manakala ibu kepada salah seorang mangsa telah meninggalkan bandar berkenaan. 


Budak-budak tersebut yang dilaporkan melarikan diri dari rumah sebelum ini dilihat merempat di merata tempat termasuk di celah bangunan yang runtuh. Kematian mereka mencetuskan persoalan kenapa tiada usaha dilakukan untuk mengesan budak-budak berkenaan.

Susulan kejadian itu, enam pegawai daripada pihak berkuasa tempatan dan dua pengetua sekolah telah dibuang kerja.

Bagaimana berita mengenai kematian budak-budak malang itu tidak disenangi oleh pihak berkuasa tempatan manakala orang ramai pula menyifatkan kejadian itu sebagai bom jangka yang memerlukan pemantauan segera daripada aspek sosial, keluarga dan kerajaan.

Ia juga mencetuskan kebimbangan kerana terdapat 58 juta kanak-kanak di China yang ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka selepas ibu bapa masing-masing keluar mencari pekerjaan di tempat lain.



 p/s : Ajal maut ditgn Tuhan.. 

Sumber : Here
Read More.. "Kesian : 5 Budak Mati Di Dalam Tong Sampah (4 Gambar)"

Wednesday, 8 August 2012

Cool : "Hope for Peace", Arca Diperbuat Dari Kereta Kebal & Kereta Perisai (7 Gambar)

Hope For Peace merupakan sebuah arca yang dibina menggunakan 5 ribu tan konkrit, 78 kereta kebal, kereta perisai dan beberapa alatan perang. Arca ini terletak di Beirut, Lebanon dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Lebanon.




Sumber : Here
Read More.. "Cool : "Hope for Peace", Arca Diperbuat Dari Kereta Kebal & Kereta Perisai (7 Gambar)"

Thursday, 22 March 2012

Serius : Byholma, Lokasi Penyimpanan Kayu Balak Terluas Dunia (6 Gambar)

Apabila taufan Gudrun menyerang selatan Sweden pada 8-9 Januari 2005, keluasan kayu balak mencecah 1,000,000 m3 persegi telah dipindah ke Byholma dan menjadi ianya kawasan terluas untuk kayu balak di dunia.

Read More.. "Serius : Byholma, Lokasi Penyimpanan Kayu Balak Terluas Dunia (6 Gambar)"

Saturday, 24 December 2011

Cool : Gadis Disangka Mati Semasa Tsunami Aceh, Kembali Selepas 7 Tahun (2 Gambar)

JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya. 



Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.

Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph pada Khamis.

Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang.

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu.

Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas.

Kira-kira 168,000 orang meninggal dunia dalam tsunami Indonesia 2004, yang mengorbankan kira-kira 230,000 nyawa di seluruh dunia. - Bernama

Read More.. "Cool : Gadis Disangka Mati Semasa Tsunami Aceh, Kembali Selepas 7 Tahun (2 Gambar)"

Wednesday, 30 November 2011

Cool : [Video] Fun-Vii, Kereta 'Touch Screen' Versi Smartphone' Keluaran Toyota di Jepun

Toyota telah menampilkan satu kereta yang berteknologi tinggi pada pameran automobil tahunan di Jepun. Pengerusi Toyota, Akio Toyoda menamakan kereta ini Fun-Vii "Smartphone on four wheels". Ini kerana kereta ini adalah touch screen serta boleh berfungsi seperti 'iPhone' atau 'Samsung Galaxy". Cuba bayangkan anda boleh layari internet pada badan kereta anda. Tetapi Akio memberitahu yang kereta ini belum lagi mulai dihasilkan tetapi Toyota bakal memperkenalkan kereta menggunakan konsep ini tidak lama lagi. 


source
Read More.. "Cool : [Video] Fun-Vii, Kereta 'Touch Screen' Versi Smartphone' Keluaran Toyota di Jepun"

Tuesday, 16 August 2011

WTF : [Video] Polis Malaysia dirakam meminta Rasuah dari pemandu Singapura (7/8/11)

Seorang pemandu Singapura telah ditahan oleh seorang polis trafik Malaysia di atas Lebuhraya Johor-Singapura pada 7 Ogos 2011 yang lepas. Seperti dirakam, polis menyatakan dia telah melebihi had kelajuan yang ditetapkan iaitu 110km/j. Tetapi pemandu menafikan yang dia tidak pernah melebihi had tersebut. Jadi polis tersebut ingin mengeluarkan saman kepada pemandu tersebut sebelum polis tersebut menyebut "50 ringgit I help you". Tengok lah sendiri video di bawah ini dari sebuah laman Singapura, STOMP.

p/s : Memang tak patut polis tersebut buat begitu, bagus bagi je saman kalau pemandu itu betul-betul salah. Dah la bulan puasa buat pula perkara yang tak berfaedah ini. Kan kerajaan dah bagi bonus RM500 kepada semua kakitangan kerajaan. Cari nahas je polis trafik ini. Dalam beberapa jam, mencecah berpuluh ribu orang Singapura yang menonton video tersebut dan menyatakan ramai mereka yang terkena. Apakah polis negara kita dah dicop "RASUAH"? Ke mana perginya "Mesra, Cekap dan Beramanah"?
 
Read More.. "WTF : [Video] Polis Malaysia dirakam meminta Rasuah dari pemandu Singapura (7/8/11)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...