Kongsikan Entri Kami

Monday, 12 December 2011

Berita : Remaja Berasmara Kerana Stress Ambil SPM

Gambar Hiasan

Menjalani peperiksaan besar seperti SPM memang memberi tekanan tetapi sepasang kekasih muda ini ada cara tersendiri untuk ‘melegakan’ tekanan itu.

Masing-masing dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan memilih hotel bajet di Jalan Tun Ali, Melaka untuk ‘berasmaradana’, namun ‘tekanan’ mereka dijangka berterusan apabila kedua-duanya dicekup pencegah maksiat semalam.

Ketika diberkas, mereka berdua baru beberapa jam mendaftar masuk ke hotel tersebut. Pasangan kekasih yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM ini ditahan ketika pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel.

Ia hasil operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka. Nampaknya kalau semua calon SPM memilih ‘cara ini’ untuk melepaskan tekanan, habis lakulah semua bilik hotel kat Malaysia ni

Sayang sekali, apa yang mereka belajar selama 11 tahun iaitu dari Darjah Satu sampai Tingkatan Lima rupanya berkesudahan di hotel bajet saja.

Pasangan kekasih tadi mungkin merasakan dengan memadu kasih di dalam bilik hotel akan meredakan ‘tekanan’ masing-masing, tapi mereka tidak sedar bila ditangkap begini, yang paling menerima tekanan sudah tentulah emak dan bapa mereka! 





Sumber : Here

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hahahaha. statement last tuh yg beh !memadu kasih leyh rede an tekanan yg ade, tp pastu tambah tekanan lak kt mak bapak klo kantoi. terbaek !!

Anonymous said... Best Blogger Tips

agak2 la nak buat maksiat tu...

nur said... Best Blogger Tips

@lockhart salam, maksiat xblh diagk2. maksiat prlu dcegh dgn betul...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...