Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 2 January 2013

Info : Anda Tahu Maksud Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut? (6 Gambar)


Tahukah korang maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang berputar di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya trademark kedai gunting rambut itu mempunyai sejarah yg tersendiri, mari baca kat bawah nih..

Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di "barber shop" tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)


Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)

Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.


Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.


Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.

Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.



Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.

Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar

1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja

1950 - 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah



Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu

Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop

Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.


p/s : Hope dapat memberi ilmu...

Sumber : Here
Read More.. "Info : Anda Tahu Maksud Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut? (6 Gambar)"

Serius : Pemandu Teksi Pulangkan 3 Juta Baht Yang Dijumpainya (2 Gambar)


BANGKOK - Seorang pemandu teksi mengambil keputusan untuk memulangkan empat kotak berisi 3 juta baht (RM300,000) kepada kakitangan trak penghantaran tunai selepas menjumpainya di tepi jalan raya dalam ibu kota, awal pagi kelmarin.

Pongsin Jirakulthawornpat, 45, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III.

"Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah.




"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dipunyai Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.

Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi. - Agensi


p/s : Faith in humanity = restored!

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Pemandu Teksi Pulangkan 3 Juta Baht Yang Dijumpainya (2 Gambar)"

Tuesday, 1 January 2013

WTF : Terpaksa Interview Dalam Pakaian Dalam Untuk Jadi Pramugara/i Di China (12 Gambar)

Terpaksa Interview Dalam Pakaian Dalam Untuk Jadi Pramugara/i Di China.
Ini adalah cara terbaru untuk Temuduga Pramugara/i di China. Semua yang hadir terpaksa memakai hanya pakaian dalam  yang disediakan oleh pihak penerbangan. 


Read More.. "WTF : Terpaksa Interview Dalam Pakaian Dalam Untuk Jadi Pramugara/i Di China (12 Gambar)"

Serius : iPhone 5 Senang Bengkok Dalam Poket (8 Gambar)

iPhone 5 Senang Bengkok Dalam Poket.
Beberapa pemilik Apple iPhone 5 menunjukkan yang telefonnya itu senang bengkok sekiranya dimasukkan ke dalam poket belakangnya. 
Betul ke pemilik Apple iPhone 5? 

Read More.. "Serius : iPhone 5 Senang Bengkok Dalam Poket (8 Gambar)"

Lawak : Apabila Taylor Swift Di'Binatang'Kan (11 Gambar)

Sekadar hiburan... jangan marah yer peminat Taylor Swift... hoho..


p/s : Cun jugak minah ni.. hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Lawak : Apabila Taylor Swift Di'Binatang'Kan (11 Gambar)"

WTF : [Video] Tumbuk Orang Buta Kerana Melintas Jalan Terlalu Lama


Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama. David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.

Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ. Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.

Dia menumbuk David kerana berang David mengambil masa yang terlalu lama untuk melintas jalan.  Penjaga David, Alex Chu yang juga berada di situ cuba untuk menghalang tindakan gila lelaki itu tetapi dia juga turut dipukul bersama isterinya.

Malah, lelaki itu terus bertindak ganas. Orang ramai yang lalu lalang di situ marah dengan tindakan lelaki itu dan cuba memukulnya. Namun, lelaki itu cepat-cepat menaiki kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian sebelum polis sempat tiba.

Seorang lelaki lain, James yang sedang menyaksikan kejadian itu telah bertindak merakam insiden tersebut dan menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. “Saya tidak menyangka seseorang boleh menyerang lelaki yang tidak berkeupayaan seperti itu,” kata James.

Inilah keadaan yang berlaku sekiranya manusia tiada lagi sifat perikemanusiaan
.


p/s : dafuq?

Sumber : Here
Read More.. "WTF : [Video] Tumbuk Orang Buta Kerana Melintas Jalan Terlalu Lama "

Serius : Ini Rupa Impian Pilihan Ramai Gadis/Lelaki Untuk Pembedahan Plastik 2012 (2 Gambar)

Ini Rupa Impian Pilihan Ramai Gadis/Lelaki Untuk Pembedahan Plastik 2012.
Ini adalah Dream Faces of 2012 bagi mereka yang membuat pembedahan plastik pada muka untuk sepanjang tahun 2012.



Read More.. "Serius : Ini Rupa Impian Pilihan Ramai Gadis/Lelaki Untuk Pembedahan Plastik 2012 (2 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...