Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 7 August 2012

Info : Jenis-Jenis Mercun Yang Legend! (12 Gambar)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

Dulu aku masa kecik2 rajin juga aku main mercun ni. Skrg bila besar sikit dah tak main mercun dh. Mungkin dh insaf kot. Sebab dulu masa kecik semua member nakal-nakal macam taik. So, aku pun turut terpengaruh menjadi nakal. Tiap tahun tak ble miss main mercun.

Lepas buka puasa jer trus berperang menggunakan mercun. Telinga sampai nak pekak, makcik-makcik, pak-cik-cik jiran sebelah marah pun tak kesah dah. Yang penting dpt bom sana sini. Berikut merupakan jenis-jenis mercun di Malaysia yang aku tahu.


 
Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi. Harga dia dulu murah je macam gampang.


 
Tengok bentuk dah taw kan ni jenis mercun apa? ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bolat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nnt.

 

Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam yang korang beli di kedai runcit tu.


 
Ni mercun mancis, mercun yang menjadi peberet aku masa kecik2. Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai.


 
Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.


 
Mercun ni di gelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.


 
Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi nya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dpt lah nak beraya.


Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. Jangan tanam batang rocket ni terlalu dalam nnt tak ble terbang plak. Dulu aku beli mercun ni sekitar 30 sen sebatang.


 
Ini pulak, Thuner clap. Aku belum ada pengelaman lg main mercun ni. Yang aku taw bunyinya memang power. Ble bergetar tiang rumah jiran sebelah.


 
Mercun pop, mercun yang paling selamat aku rasa untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis ayu.

 

Yang ni namanya meriam buluh. Mengunakan elemen kabait + air liru + api + bamboo. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran2 sebelah.

Moral of the Story:
 
 
Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi anda. Tapi tak meriah kan raya klu takde mercun. Main mercun yang tak bahaya je lah macam mercun pop, bunga api dan yang sewaktu dengannya.

Sumber : Here

17 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha rindu zaman kanak2 dulu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku 1st ke?

Anonymous said... Best Blogger Tips

firstzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ade lagi yg admin xpost..mercun ular??ingat x??bile bakar dia xmeletup tp mcm ular..

CikPuanMudaIrma said... Best Blogger Tips

aku main mercun pop je
cis.sungguh rugi zaman kanak2 dulu xmain semua
main tua2 ni kang org ckp tebiat plak

Anonymous said... Best Blogger Tips

jemari menari..nak kenal boleh??

Anonymous said... Best Blogger Tips

"air liru" tu apa??

Anonymous said... Best Blogger Tips

tinggal kenangan

Anonymous said... Best Blogger Tips

lame giler x mean meriam @ meriam katak..
best giler.

Anonymous said... Best Blogger Tips

search kat youtube "meriam kampung talang" tradisi sepanjang zaman menjelang raya haha..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku kecik2 suka main bunga api warna warni tu jeeeee

mercun bahayaaaaaa!!!!!

ben xii said... Best Blogger Tips

air liru ke air liur?

Baby Boo Collection said... Best Blogger Tips

mercun tarik xde? dulu ikat kat basikal org, selipar org, daun pintu sbb nak kenakan org.. hahahahahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada lg la admin..mercun katak ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

perhh.... kampung talang..

Anonymous said... Best Blogger Tips

mercun kluang.. dulu time aku klau main mercun ni dah kira org kaya.. mklumla.. 0.50sebtg.. dlu mn nk cari duit.. aku punya meriam kabaid guna alur besi kena rembat plak.. time tu meriam aku 2 yg paling power..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada lagi satu mercun admin lupa masuk, mercun ni "famous" saya kenakan org, tak tahulah berapa ramai yang marah, sumpah seranah kat saya. ialah masa tu saya umur 9-10 tahun tak matang lagi.
MERCUN TARIK. dia bentuk macam gula-gula, kiri dan kanan ada tali, mercun ni saya ikat kat gagang pondok telefon, kat pintu pagar, kat laci, kat mana-manalah, asalkan ada orang buka, angkat benda tu. Contohnya bila ada org buka pintu pagar, dia akan meletup, sekaligus menyebabkan org berkenaan terkejut! he he he maafkan saya ya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...