Kongsikan Entri Kami

Sunday, 22 July 2012

Gempar : Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Semalam


Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama. 

Sumber : here

18 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

terbaik lah untuk bulan puasa mesej ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul tu.. selalu senang ja nak sembahyang kat dalam dewan melainkan hari jumaat, tapi mula dari semalam setiap waktu macam waktu sembahyang jumaat. kan bagus kalau sepanjang tahun macam ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

oooo..so penuh2kanlah masjid tu erk .. huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

hehe, biase la tuuu ramadan baru ramai nak dtg. tp yg peliknye dah nak abih ramadan makin skit lak. padahal tu 10 malam terakhir lailatul qdar tu. =_=

Anonymous said... Best Blogger Tips

what the great idea to make this story....hehehe

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

Lagi pelik, yg cakap berpuasa, tapi tunjuk punggong sana sini.

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

Terlupa.. Selamat Menyambut Ramadan admin

Anonymous said... Best Blogger Tips

nanti nak raye besar la blik masjid tue...

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul tu mail kerbau, he he

Anonymous said... Best Blogger Tips

Alaaa.... lpas 15 hri poser sok besar balik la masjid tu.... tp hrp2nya spi ujung ramadan pun trus xbesa2 la masjid/surau spi rayer, stiap jumaat n stiap solat waktu.... InsyaAllahhh.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sempit kejap aje. Lepas lapan rakaat taraweh, mesjid surau jadi luas balik. Gerai kerang rebus pula jadi sempit apabila surau dan masjid jadi luas.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bagus wat.....atleast rakyat malaysia masih ade kesedaran tu....-----kakcik

Anonymous said... Best Blogger Tips

cerita bohong..boooooooo

Anonymous said... Best Blogger Tips

i like dis story..ia melambangkan penulis2 malaysia juga semakin berkembang mentalitinya..semoga sukses selalu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nice one

Anonymous said... Best Blogger Tips

pagi raya confirm peristiwa aneh ini mencapai kemuncak optimum kesempitan...hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang pon..smakin kcik surau tmpt aku ni..smpai aku solat kt luar...

*mari mnderma di bulan ramadhan ini~
KLIK DI SINI KORANG DAH DIKIRA MENDERMA 50SEN!

Anonymous said... Best Blogger Tips

masji? surau mkin kecil? wtf..anamisme!!haha....menunjukan kbdhn sndri.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...