Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 10 January 2012

Artis : Kasut Rekaan Neelofa Untuk Perkahwinan Ezlynn Bernilai RM20,000 (2 Gambar)


Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.

Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.

"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.


Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.

"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya. 

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.

Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini. 

Sumber : Here 

42 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

oleh sbb aku lelaki,jd pd pndangan mata aku,rekaan ni sm je kt kdai2 biase...
xtau pd pndngan mata pmpuan.tggu pmpuan komen plak.hehehee...

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg nieyh komen pmpuan, tak cantik mane pn. same je cam kedai bese. tp tak taw lar an, sbb aku jnis pmpuan yg bkn suke pkai mende2 yg style feminin sgt cmtuh. :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous ni pun komen perempuan yg feminin dan suka pakai kasut mcm tu: bg aku bahagian sisi tepi dan tumit cantik sangat, tp bahagian depan biasa sangat dan simple. erkkk

Anonymous said... Best Blogger Tips

NI pun perempuan komen..
kasut ni nampak common la...stail sume lebih kurang je dgn kasut yg sedia ada..xkira la dari bahagian tepi, depan, belakang, bawah....

maybe yg lainnnye tang bahan yg die guna tu je la....RM20 000 untuk kasut semata-mata....urm -.-"

Anonymous said... Best Blogger Tips

NI laki yg selalu teman awek shopping :
erm ok la design die, aku lebih tertarik tengok muke die yg cun daripada rekaan kasut die.. =.=

lalalialia said... Best Blogger Tips

eh biase je,,kasut vincci yg x smpai seratus lg lawo,,maybe sbb pearl tuh kot jd mhal gile,,tp x la lawa mane :p

MissButterfly said... Best Blogger Tips

Sangat simple n RM 20 000 is not worth it. Boleh dapat murahh kot dari tu. as berlian pun tak banyak sgt . opsss =p

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen perempuan yang ada berpuluh pasang kasut dekat rumah, design takde la lawa mana. macam amek kasut dekat pasar malam, letak diamond2 camtu je. hihi. sori neelofa, tapi betul pe aku cakap tu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dr penjual kasut..neelofa xdesign kasut tu..malahan smua kasut yg dia jual kt fb dia tu smua dtg dr china..kasut yg sama kt atas ni kos bru rm35..sian ezlynn byr rm20k..sian2

Anonymous said... Best Blogger Tips

sangat hodoh. kalau dertatahkan berlian dan emas padu masuk akal juga 20k

semua kena tipu

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian sungguh kasut yg mahal, tp rekaan camtu2 je..huu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

honestly aku tgok mmg x seberape la..tang dpn tu,lgsng x menarik minat ku as women..aku tkut ezzlyn jatuh la time pakai nnt ..kuangkuangkuang..

Anonymous said... Best Blogger Tips

nampak biasa jer pn.. 20k..ermmm..x berbaloi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni dr pmpuan yang takla minat pakai high heels dan tak minat peep toe shoes. tp dr segi rekaan, tak best lah. dan tak suker bling2 sngt.

tp yg paling ralatnyer, last2 pakai kat kaki gak. tak sanggup nk pijak duit puluh ribu.

baik beli kasut yang berpatutan tp banyak jenis. ade la gak tukar2 kasut pegi keje. drpada beli sebijik tp mahal mentakedarah.. haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni komen dari pompuan yang suka berfesyen & suka shopping kasut.... rekaan ni nmpk biasa je... berlian tu je buat nmpk vogue....tp tu pun pas tau yg tu berlian kuikuikui....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni pondan komen.. "Burukk nyahhh!!!"

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dr pompuan yg shoeholic :P
rekaan 2 biase n simple bg pndgn ak sbbnye material yg digunakn 2 biase yg mmbuatkn mahal smate2 brlian swarovski pearl y "rafflesia" taja..dr pndgn ak, lagi cantik klo die dsigned "pump" dr "peep toe"..FYI trend heels for 2012 da xgne platform shoe as far as i know from fashion info n mag..neway nice try neelofa at least ade bakat jdi shoe dsigner :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

klo die designed strapy heels lg cantek...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni jantan sejati komen lak : gila huduh kasut 2..mcm jerawat dh ak tgk batu2 pearl2 tuh...hahahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

Aku tgk biasa je.. Maybe sbb kualiti gambar kot.. Ce klu photoshop kn sket.. ok la sket kot. tp klu x cntik, stil xkn cntik jgk...

Aku nmpk cm kasut kt pasar mlm je. Kst yg aku bru beli lgi cntik kot. RM10 je.. Pasar malam pulai.. haha..

Anonymous said... Best Blogger Tips

nie laki yg slalu teman gf gi kedai kasut, dari dlu sampai skrg aku msh x tau n x faham apa yg ada pada kasut pmpn,aku tgk suma nya sama je..bila awek ak tny cantik ke x kasut yg dia pilih, aku cakap je cantik sbb nak jg hati dia...tang mana yg cantik tu pun ak x tau...=.='

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dari perempuan yang rasa rekaan kasut tu sgt common. for 20k, aku rase baik beli manolo blahnik or laboutins. tq

Anonymous said... Best Blogger Tips

and the batu permata and so blaa bla bla, nmpk cheap. sorry to say

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dr cucu tauke kasut..the only thing to describe the shoes is bitchyness

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dari neelofa...
ala korannngg.. tq yer for the comment. neelofa will try harder next time. XOXO muahhhx LOL......

lazypanda said... Best Blogger Tips

ni komen dari anak dara yang slalu teman mama pegi shopping beli kasut , alahhh .. design tu bese je aku tengok .. 20k ? tak berbaloiii

MiDoRi ChaN said... Best Blogger Tips

ni komen dari pembaca komen korank..so lawak komen2 korank..sakit pewooot aku..hihi

Anonymous said... Best Blogger Tips

MiDoRi ChaN.... Kahkah aku siyes gelak ngan komen dorg ni... Smbil kutuk smbil bt lawak.. Tmp mmg bessshh la komen2 kt atas hehehe... Sekian trima ksh ;D

Anonymous said... Best Blogger Tips

TAK CANTIK LANGSUNG PUN, BIASA JEK.. SEBAB NAMA DIA JEK TU.. SEBAB TU MAHAL... hehehehe. BIASA JE AKU TENGOK!.... KELAKAR LAH...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni lelaki yg xde high heels komen,,
ni kasut ea?

✯Miz Purple Violet✯ said... Best Blogger Tips

Kalau semua komen macam ni kan best. Ada juga lawaknya. xD

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak cantik langsung pun....20 ribu?? emmm kalo aku jadi ezlyn, aku pakai gi pasar malam je...

Tasha Lavigne said... Best Blogger Tips

tak lawa . jujur .

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dari jurukamera yang suka pakai selipar jepun..

sebenarnya kasut tu design lawa dan grand..
tapi cuma dalam gambar nampak x cantik..
sebb lighting dan angle gambar yng tak sesuai..
kalau jurugmbr tu x guna flash tentu kasut tu nmapk lawa...

Anonymous said... Best Blogger Tips

nI komen dari wanita yg jaga kesihatan..
kasut 2 ok2 je..
sakitkan kaki..
klu tersepak sape2 sure pendarahan teruk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bagi i...kasut tu tak penting mane pon...neelofa tu yg penting...ahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni komen dr wanita yang paling comel di dunia : memang x lawa pon kasut tu . hahahaa

Anonymous said... Best Blogger Tips

neelofa yang penting??
bodo ape kau ni
dia ada bg kau mkn ke?
dia 2 klau baik & tutup aurat ta pe
drpd kau ckp neelofa 2 pntg baik kau ckp nabi kte pntg.
dia bg kte jln hidup, ptunjuk, pndekatan kpd tuhan.
neelofa ni dia buad apa yg kau ckp dia pntg?
tnjuk buah dada? pornstar?

Tips and Tricks blog said... Best Blogger Tips

A great post - I continually feel that it's less simple than I previously thought.

Urology Surgery in India said... Best Blogger Tips

Great post and thanks for sharing....

Dr. Sanjay Kumar Goja said... Best Blogger Tips

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

Dr. Kapil Jain said... Best Blogger Tips

Thank you, that was just an awesome post!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...