Kongsikan Entri Kami

Monday 9 January 2012

Cool : DC Avanti, Supercar Pertama Keluaran India (10 Gambar)


Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti. Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012. 

Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.

Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j). Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.

Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria. Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).










Sumber : Here



16 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

cam bodo je enjin 2.0

Anonymous said... Best Blogger Tips

elok2 sikit cakap bodo2 tu,,jurutera kat sana lagi bagus drpd org malaysia ngok~! =__=;;

Anonymous said... Best Blogger Tips

2.0 tp 250 bai...ko mampu ke???

Anonymous said... Best Blogger Tips

xder la performance car 2.0 lg laju kot.. title supercar x sesuai la

Anonymous said... Best Blogger Tips

hek eleh pegi mampus la engineer kt sana tu,org malaysia lg hebat la bodoh....

TanganPengkau said... Best Blogger Tips

wey.. gaduh pesal?
tak kesah la ape2pun..
Dorang dah ada supercar dorg. Malaysia bila lg neh? Amik la sebagai pendorong untuk lebih bersaing n maju.

khairul fahmy che kiah said... Best Blogger Tips

its 2.0 have 250h/p n die mesra alam. pastu enjin dari Ford bukan dari india so org US ade la msk dlm wat mnde nih. just design by India je. same la cam Malaysia dlu amik enjin jepon. cume india ni up skit je cakap wat supercar. so....same je kan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

walaupun 2.0 dgn 240hp, mmg bodo la dengan harga 220k..zzz

Anonymous said... Best Blogger Tips

HELLOOO...ENGINEER MSIA LA YANG PALING LOW CLASS... tayar keta pun buat guna teknologi LUAR.. engin keta? cover ingin je malaysia buat. hahaa

Anonymous said... Best Blogger Tips

2.0 supercar? sangat jimat... tak payah 4.0 above kalau harga minyak u la yg 1 satu komplen.. hehe

farez said... Best Blogger Tips

avanti xlju la,.. koenigsegg n ferrari enzo lagi laju,..hahahahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

stakat hp 250.. baik beli honda eg6 masuk k20.. ecu hondata.. intake skunk.. clash loceng.. baru 60k total.. bg PRANGGGG skali makan asap la.. haha.. (kate dak2 MFI)

Anonymous said... Best Blogger Tips

BURUK..!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

cantik, cuma side belakang tu kurang lebar.

Anonymous said... Best Blogger Tips

sumpah buruk.

Yusri said... Best Blogger Tips

Tak cantik, maafkan saya. Rekaan keseluruhan tidak menawan. Nampak terlalu murah, plastik tampak murah dan tidak nampak menyakinkan jika dipandu pada kelajuan tinggi dalam jangka masa yang lama.

Satu kepujian saya. Sekurang-kurangnya kereta ini lebih baik berbanding kereta Smart yang jenis dua pintu. Harap maklum.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...