Kongsikan Entri Kami

Thursday, 20 October 2011

OMG : Sekitar Rusuhan Menuntut Hak Rakyat di Athens (12 Photos)

Selama dua hari berturut-turut, seluruh negara Greece seakan-akan tidak berfungsi apabila negara terbesut kini menghadapi krisis kewangan yang paling teruk dan mampu menjatuhkan negara tersebut. Oleh itu, selepas undian 154 orang ahli dewan rakyat daripada 294 orang keseluruhannya bersetuju untuk mengurangkan lagi bajet negara sebagai tanda penjimatan negara tersebut. Perubahan ini akan mula esok selepas semuanya selesai menyenaraikan segalanya perubahan dalam bajet. Namun, rakyat tidak berpuas hati dengan satu lagi penjimatan kerana ini adalah kali kedua perkara ini berlaku. Kali pertama berlaku adalah pada bulan Jun yang lepas di mana menyebabkan lebih dari 30,000 orang hilang kerja serta ramai anak-anak perlu diberhentikan persekolahan. Jadi sekiranya perubahan ini berlaku lagi esok, maka 30,000 orang akan hilang kerja. Selain itu, menurut orang ramai, krisis kewangan ini berlaka kerana terlalu ramai ahli parlimen dan ahli dewan yang mengambil rasuah. Jadi seramai 140,000 orang telah berkumpul di sekitar Athens untuk menyuruh perubahan ini dihentikan. Tetapi rakyat tahu mereka tidak mampu mengubah apa-apa. Sepanjang rusuhan, pihak polis mula bertembung dengan semua rakyat ini yang tidak puas hati kerana diminta untuk memberhentikan rusuhan ini.


denverpost

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Larh ada gambar yg sama dgn post gadaffi??

Anonymous said... Best Blogger Tips

laaaaaaaaaaaaaaaaaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...