Kongsikan Entri Kami

Sunday, 17 July 2011

OMG : Golongan Gay Malaysia Aktif Di Facebook!!


KUALA LUMPUR – Golongan gay di Malaysia kini dilihat sangat aktif di laman sosial Facebook dengan menubuhkan pelbagai akaun persatuan dan kelab.
Berdasarkan tinjauan mynewshub.my hari ini terdapat persatuan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan’.

Persatuan tersebut turut berani menggunakan jata negara pada lambang persatuan mereka.

Persatuan yang mengandungi sejumlah 8,533 orang yang mengklik `like’ pada akaunnya  turut menjadi tempat untuk golongan gay mencari kenalan baru dari dalam dan luar negara, selain bersosial sesama mereka.

Persatuan yang menjadi medan mencari pasangan untuk golongan gay di Malaysia itu turut menjadi platform bagi golongan gay berbincang dan mempromosikan diri.

Ada yang meninggalkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.
Bagaimanapun, tidak semua pengguna Facebook yang ‘like’ akaun Facebook persatuan berkenaan merupakan mereka yang terlibat dengan kegiatan homoseksual.

Malah ada juga di antara mereka yang mengecam dan menyindir golongan gay di dinding akaun persatuan itu.

Dipercayai, Persatuan Gay Malaysia Kebangsaaan bukanlah satu-satunya persatuan gay Malaysia yang terdapat di Facebook.
Berikut disenaraikan beberapa persatuan dan kelab gay yang dipercayai berpengkalan di Malaysia:
  1. Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan
  2. Terengganu Gay Club
  3. Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia
  4. Persatuan Gay Berkumpulan
  5. Persatuan Belia Gay Malaysia
  6. Persatuan Gay Malaysia
  7. Persatuan Gay Melayu
  8. Persatuan Gay Perak
  9. Persatuan Gay Sejati
  10. Persatuan The Gay
  11. Persatuan Gay Berwibawa ILPKL
  12. Persatuan Gay Club (PGC)
  13. Persatuan Gay Serantau
  14. Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia
  15. Persatuan Gay SeMalaysia (PGS)
Media sebelum ini kerap melaporkan aktiviti-aktiviti golongan gay yang semakin menjadi-jadi, khususnya di Lembah Klang.
Gejala ini dikatakan semakin meluas dalam kalangan golongan lelaki yang dikatakan gagal mendapatkan teman wanita atau pernah dikecewakan oleh wanita.

Turut dikatakan menjadi faktor adalah jawatan dan pendapatan tinggi yang dimiliki oleh kaum hawa pada hari ini.

Kedudukan wanita disifatkan menyebabkan ego kaum lelaki tercabar sehingga menyebabkan mereka memilih untuk melibatkan diri dalam dunia gay.

Bagaimanapun, dalam kesibukan golongan gay  menggunakan Facebook sebagai medan berinteraksi kumpulan penggodam laman-laman web tempatan yang menggelar diri mereka sebagai RileksCrew memberi amaran kepada  persatuan dan kelab golongan itu.

RileksCrew memberi amaran untuk menggodam akaun-akaun Facebook golongan berkenaan.

Sehingga kini, Terengganu Gay Club  berjaya digodam oleh kumpulan RileksCrew dengan meninggalkan nota pada laman Facebook kelab tersebut yang berbunyi:

“This Page Been HACKED By RileksCrew, Please Do Not Country Name For Gayers Club… We Will Remove This Page.. !!”.

Kemungkinan banyak lagi akaun Facebook berkaitan aktiviti kumpulan gay di Malaysia yang akan digodam kumpulan ini dalam masa terdekat.




Tolong Click link kt bawah ni kawan2.. tolong admin yer.. terima kasih semua..



8 comments:

vampire's lovex said... Best Blogger Tips

galak sungguh gay gay nihhhh

sarah mohamad said... Best Blogger Tips

yakss! berani diorang ni, tak takut langsung. ish2 kena amik tindakan ni sebelum diorang semakin merebak.

miss dila said... Best Blogger Tips

ada gak kebaikan hackers2 ni kn...

gelarezz said... Best Blogger Tips

hidup rilekscrew..bagi aku kalau diorg setakat hack gay2 tu diorg adalah white hat hackers..haha

Ghab Van Hal said... Best Blogger Tips

adehhh..macam-macam

Anonymous said... Best Blogger Tips

hi

Anonymous said... Best Blogger Tips

APPLY FOR LOAN 3 PERCENT
BRIGHT LOAN INTERNATIONAL
EMAIL CONTACT BRIGHTLOANASIA@LIVE.COM
REGARDS,
ACCOUNTANT SANDRA

Unknown said... Best Blogger Tips

gay n lesbo perosak keturunan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...