Kongsikan Entri Kami

Saturday, 31 March 2012

OMG : Ibu Sanggup Dirogol Demi Melindungi Anaknya


Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.

Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.

Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.

Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.

Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.

Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.

Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.

Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.

Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

p/s : Memang jahanam la penjahat tu.. 

Sumber : Here




Read More.. "OMG : Ibu Sanggup Dirogol Demi Melindungi Anaknya"

Panas : Tiga Pelajar Tingkatan 3 Ditangkap Khalwat Dengan 2 Lelaki


KAMPUNG RAJA – Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin. 

Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah kira-kira jam 9.15 pagi. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggotanya menyerbu rumah tersebut.

Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan rumah itu, keadaan sekeliling rumah sunyi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat.  Pemeriksaan di bahagian lain rumah mendapati terdapat satu pintu yang tidak berkunci. “Anggota masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu salah sebuah bilik yang berkunci dan hanya dibuka lima minit kemudian oleh seorang remaja perempuan,” katanya.

Azmi berkata, terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu dan pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki bersembunyi di atas siling rumah berkenaan. “Ketika ditahan semua berpakaian lengkap dan mereka tidak mempunyai hubungan muhrim.

“Manakala, lelaki ketiga berjaya melepaskan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.
Kedua-dua lelaki tersebut berumur 18 tahun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah yang sama dengan pelajar perempuan terbabit. Hasil siasatan awal, pelajar perempuan itu mengaku membohongi keluarga kononnya ke sekolah tetapi dibawa ke rumah itu.

Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

p/s: Semakin rosak.. Ish3.. 

Sumber : Here
Read More.. "Panas : Tiga Pelajar Tingkatan 3 Ditangkap Khalwat Dengan 2 Lelaki"

Berita : Indonesia Bakal Haramkan Pemakaian 'Mini Skirt'


Negara jiran, Indonesia bakal mengharamkan pemakaian skirt pendek di kalangan rakyatnya atas alasan ia mendorong golongan lelaki melakukan perkara-perkara menjurus ke arah jenayah seksual dan yang seumpama dengannya.

Menteri Hal Ehwal Agamanya, Suryadharma Ali yang baru dilantik sebagai anggota kabinet awal bulan lalu giat memerangi pemakaian skirt pendek di negara itu dan menyifatkan pemakaian skirt di atas paras lutut boleh dianggap sebagai pornografi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa etika pemakaian tersebut sedang dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan sebelum diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang di negara itu.

“Kami sedang mengatur pertemuan dengan beberapa pihak bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai apa yang mereka tahu mengenai pornografi, saya pasti mereka akan tampilkan beberapa definisi berbeza mengenainya (pornografi).

“Bagaimanapun, kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat universal untuk mentafsirkan sesuatu sebagai pornografi di mana salah satu darinya ialah memakai skirt melebihi paras lutut,” katanya yang dipetik dari Jakarta Post hari ini.

Menurutnya lagi, setelah satu takrifan standard mengenai pornografi diwujudkan kerajaan akan melaksanakan undang-undang tersebut ke seluruh negara.

Negara yang memiliki populasi sebanyak 12 peratus dari seluruh umat Islam di dunia itu mula memperkenalkan akta undang-undang berkaitan pornografi sejak tahun 2008 sebagai usaha memerangi gejala itu dari terus membarah di kalangan rakyatnya.

Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono sebelum ini telah melantik Menteri Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono, untuk mengetuai jawatankuasa tersebut dan dibantu oleh Suryadharma bagi urusan pengoperasiannya.

Pemakaian skirt pendek di Indonesia merupakan satu kebiasaan di kalangan rakyatnya dan dipakai secara berleluasa khususnya di pusat-pusat hiburan di seluruh negara itu.
 
p/s: Bagus la diorang nak buat cmni. at least ada la effort. Malaysia bile lagi ek? 

Sumber : MNH
Read More.. "Berita : Indonesia Bakal Haramkan Pemakaian 'Mini Skirt'"

Friday, 30 March 2012

Cool : Melawat Ke Dalam Bilik Mesyuarat Syarikat Senjata Heckler & Koch (4 Gambar)

Heckler & Koch merupakan sebuah syarikat pertahanan yang berpusat di Jerman. Mereka banyak menghasilkan dan membekal senjata ringan seperti submachine gun, assault rifle dan senjata personal ke seluruh dunia. Jom kita terjah bilik mesyuarat mereka.








 Sumber : Here




Read More.. "Cool : Melawat Ke Dalam Bilik Mesyuarat Syarikat Senjata Heckler & Koch (4 Gambar)"

WTF : Teknik Melukis Menggunakan Darah Haid (4 Gambar)


Ramai kaum wanita yang berasa malu apabila mereka dalam keadaan haid dan ada juga yang merasa takut terutama bagi yang pertama kali didatangi haid .Tetapi tidak bagi Vanessa Tiegs  yang kemudiannya terfikir melakar darah haid itu ke kanvas untuk dijadikan lukisan.

Vanessa Tiegs seorang bekas penari ballet profesional yang tinggal di San Francisco USA. Dia mula melukis lukisan yang pertamanya menggunakan darah haid yang berjudul Spiral Moon pada September Tahun 2000 . Dia mendapat ilham dari sebuah buku yang berjudul blood, breed and roses ‘how menstruatin create the world’. Hal itu merubah pandangannya pada  haid. Kemudian dia mula melukis dan dapat melukis 88 buah lukisan hasil daripada 36 kali kedatangan darah haidnya. Setelah itu ia memilih 13 dari 88 lukisannya untuk di pamerkan .

Dia mencampurkan darah haidnya dengan campuran arkilik agar dapat menghilang bau hanyir darah.Ramai yang mengutuk tindakan Vanessa dengan mengatakan bahawa ideanya tidak sihat dan sangat menjijikkan . Tapi ramai juga yang memujinya.

Inilah di antara lukisan-lukisannya:




Sumber : Here


Read More.. "WTF : Teknik Melukis Menggunakan Darah Haid (4 Gambar)"

OMG : Pelajar China Kini Terlampau Terbuka Dan Liar (12 Gambar)

Pelajar China Kini Terlampau Terbuka Dan Liar.
Ini bukan saja berlaku di China tetapi juga negara kita. Kalau tindakan tidak diambil, satu hari nanti, segalanya akan menjadi parah.

 via : tt.mop.com
Read More.. "OMG : Pelajar China Kini Terlampau Terbuka Dan Liar (12 Gambar)"

WTF : Siapa Lakukan Perkara Kejam Terhadap Kucing Ini? (4 Gambar)

Seekor kucing ditemui dalam keadaan yang begitu parah dengan mata sebelah kanannya dibakar dengan rokok serta mulutnya dilekat dengan superglue. 




 via : stomp.com.sg
Read More.. "WTF : Siapa Lakukan Perkara Kejam Terhadap Kucing Ini? (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...