Kongsikan Entri Kami

Sunday, 9 October 2011

Cool : Koleksi Rumah Burung Paling Menarik Dunia (7 Photos)

Pernah tak tengok rumah burung yang mewah dan menarik? Di Malaysia memang agak jarang tetapi di negara lain, memang ada orang yang gila dengan burung.

 menjelma
Read More.. "Cool : Koleksi Rumah Burung Paling Menarik Dunia (7 Photos)"

Cute : {Video} Anjing Turun Naik Tangga Pada Kelajuan Maksimun


Memang patut anjing ini kurus sangat, cuba tengok apa tuan dia ajar anjing ini. Lawak tengok betapa lajunya anjing ini turun naik tangga.

Read More.. "Cute : {Video} Anjing Turun Naik Tangga Pada Kelajuan Maksimun"

WTF : Seramai 34 Orang Digentung Kerja Kerana Bersolat di Seattle

ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.

Pihak pengurusan Hertz sebaliknya memberitahu, tindakan disiplin itu diambil kerana mereka menyalahgunakan waktu rehat.

Disokong kesatuan sekerja, semua pemandu terbabit mengadakan protes di luar kaunter syarikat Hertz di Lapangan Terbang Seattle-Tacoma di sini bagi membantah tindakan majikan mereka.
“Penggantungan ini merupakan pencabulan terhadap hak para pekerja terbabit sekali gus satu diskriminasi agama,” kata setiausaha perbendaharaan sebuah kesatuan sekerja tempatan, Tracey A. Thompson.

Menurutnya, penganut agama Islam dituntut melakukan solat sebanyak lima kali sehari.

Namun, pihak pengurusan Hertz ketika mengulas isu penggantungan kerja itu memberitahu, mereka yang terlibat melanggar perjanjian hak pekerjaan saksama yang dipersetujui dua tahun lalu.
“Isu ini tiada kaitan dengan agama. Beberapa pekerja Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka mematuhi masa rehat 10 minit yang diberikan untuk bersolat. Mereka yang digantung kerja sebaliknya mengambil rehat lebih panjang,” kata seorang jurucakap syarikat Hertz, Rich Broome.
Menurutnya, kakitangan yang ingin melakukan solat perlu merekodkan waktu rehat mereka dengan menggunakan kad perakam waktu.

Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh seorang pemandu syarikat berkenaan, Zainab Aweis.

Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.

“Dia (pengurus berkenaan) berkata, jika anda mahu solat lebih baik anda pulang dan tidak bekerja di sini lagi.

“Saya bertanya kepadanya, adakah ini peraturan baru syarikat, di seterusnya menjawab, ya,” kata Zainab.
– Agensi 

Read More.. "WTF : Seramai 34 Orang Digentung Kerja Kerana Bersolat di Seattle"

OMG : Mahasiswa Al-Azhar dari Malaysia dikelar Perompak di Mesir

Asrama Mahasiswa

IPOH: Seorang mahasiswa perempuan warga Malaysia dikelar dengan pisau selepas bergelut dengan seorang perompak yang menceroboh masuk asrama pelajar berkenaan di Kaherah, Mesir.
Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin (2.15 pagi waktu Malaysia), pelajar Universiti Al-Azhar itu diserang penjenayah warga Arab yang menceroboh bangunan asrama lima tingkat didiami ratusan pelajar Malaysia.

Lebih malang, kejadian berlaku ketika mangsa mengaji al-Quran sebelum mendengar bunyi mencurigakan di dalam asrama berpunca daripada tindakan suspek mengheret ‘harta rompakan’.
Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, mangsa yang cuba memeriksa bagaimanapun diserang dan ditumbuk penjenayah bertopeng yang cuba melarikan melalui tingkap asrama.

Difahamkan, penjenayah bersedia menurunkan plastik berisi barang rompakan milik penghuni asrama melalui bilik di tingkat tiga pangsapuri yang terletak di kawasan Rab’Ah Adawiyah.

Suspek yang dipercayai memanjat bangunan asrama itu mensasarkan komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektronik berharga milik pelajar Malaysia.
Mangsa yang bergelut dengan penjenayah turut ditumbuk di muka berulang kali sebelum penjenayah melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan pisau.

Tindakan berani suspek bagaimanapun berjaya menyelamatkan pelbagai barangan berharga milik pelajar asrama itu daripada dilarikan penjenayah.
Ketika kejadian, rata-rata penuntut tidak ada di asrama berikutan mengikuti kuliah agama di Masjid Azhar.

Pihak pengurusan asrama yang membuat pemeriksaan kemudian menemui pisau digunakan penjenayah untuk menyerang mangsa dibuang di belakang pangsapuri.

Kejadian terbaru itu antara siri jenayah rompakan dan samun membabitkan penuntut warga Malaysia di negara Mesir selepas kejatuhan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Februari lalu.

Difahamkan, lebih 20 kes rompakan dicatatkan berlaku membabitkan penuntut warga Malaysia yang kembali meneruskan pengajian selepas krisis politik di negara itu berakhir.

Situasi tidak menentu selain peningkatan jenayah menyebabkan 11,319 pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam dan bidang perubatan kini dalam kebimbangan dan lebih berhati-hati.

Sebelum ini, seorang pelajar lelaki Malaysia menjadi mangsa rompakan apabila diserang seorang lelaki Arab yang menggigit dan cuba menikam mangsa berseorangan di dalam bilik di asrama pelajar Malaysia, Jun lalu.

Kejadian dikatakan berlaku jam 6 pagi apabila mangsa dikenali sebagai Asada, 20-an, selesai sembahyang subuh dan kembali berehat di dalam biliknya sebelum seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk menggunakan kunci pendua.

Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pihaknya menghubungi wakil kerajaan negeri di Mesir bagi memantau perkembangan terkini itu yang dilihat membimbangkan.

“Lebih 800 anak Perak antara pelajar Malaysia di Mesir dan saya menghubungi wakil kerajaan negeri di Mesir untuk mendapatkan maklumat mengenai rompakan ini.

“Saya bersyukur selepas dimaklumkan mahasiswa berkenaan bukan anak Perak. Namun sebagai rakyat Malaysia, saya turut bersimpati dan berharap sesuatu dapat dilakukan bagi menjamin keselamatan pelajar kita di Mesir,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Mohammad Zahir berkata, ibu bapa kepada pelajar dari Perak yang menuntut di Mesir tidak perlu risau mengenai keselamatan anak mereka kerana kerajaan negeri menyediakan dua asrama khas untuk mereka.

Read More.. "OMG : Mahasiswa Al-Azhar dari Malaysia dikelar Perompak di Mesir"

Kantoi : Reaksi Apabila Ditangkap Basah Dalam Kereta (12 Gambar)

Macam tak ada tempat lain nak membuat benda keji ini, sebelum ini admin buat entri membuat perbuatan keji ini di tempat awam : link
Tetapi kali ini kita bukan tengok apa mereka buat tetapi reaksi apabila mereka kantoi dan gambar mereka diambil.


 yepiye
Read More.. "Kantoi : Reaksi Apabila Ditangkap Basah Dalam Kereta (12 Gambar)"

WTF : Gadis Sanggup Seksa Diri Untuk Mirip Rupa Angela Baby (12 PHotos)

Anda sanggup membuat pembedahan plastik yang menyeksa diri anda untuk mirip idola anda? Seorang gadis di China sanggup melakukannya supaya dia boleh mirirp Model Terkenal Hong Kong Angela Baby. Tetapi bagi admin memang gadis ini agak bodoh kerana rupanya memang sudah kelihatan cantik tetapi dia tetap ingin menajalani pembedahan yang menyeksa dirinya. Mungkin ramai lagi tak kenal siapa Angela Baby, sila ke entri lama akustressgiler : Angela Baby, Model Terkenal Hong Kong 
Anda bandingkan adakah mereka berdua kini mirip?

sebelum pembedahan


 semasa pembedahan

 selepas pembedahan

 Angela Baby
Untuk lebih gambar Angela Baby, sila ke Angela Baby, Model Terkenal Hong Kong 


Read More.. "WTF : Gadis Sanggup Seksa Diri Untuk Mirip Rupa Angela Baby (12 PHotos)"

OMG : Sekitar Keretapi China yang Begitu Sesak Lebih Teruk Dari KTM (9 Photos)

Kalau kita kata KTM di Malaysia sangat ramai orang dan selalu sesak, mungkin kita belum lihat lagi keadaan dalam Keretapi di China. Dengan Populasi yang begitu besar, memang kasihan melihat mereka yang berada dalam keretapi terumatanya ibu dengan anak kecil. Bukan sahaja tak mempunyai tempat duduk tetapi orang nak bangun memberi tempat duduk pun susah kerana tak mampu berjalan. PErjalanan mereka ini lebih dari lokasi KTM kerana China memang sangat luas. Jadi kadang-kadang bersyukur juga dengan KTM walaupun bukan selalu tetapi dengan melihat keadaan ini, kita patut berasa sangat bertuah.


 izismile
Read More.. "OMG : Sekitar Keretapi China yang Begitu Sesak Lebih Teruk Dari KTM (9 Photos)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...