Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress gila. Show all posts
Showing posts with label stress gila. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Gila : Lelaki Menyerang Ibunya Dengan Parang Kerana Wang RM500 (Gambar)


KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.

Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.


Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.


Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang. Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.


Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.


Sumber : Here
Read More.. "Gila : Lelaki Menyerang Ibunya Dengan Parang Kerana Wang RM500 (Gambar)"

Tuesday, 19 November 2013

OMG : Wanita Bogel Mengaku Diri Tuhan, Lari Dalam Komuter (Gambar)



CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan bogel.

Kejadian berlaku di stesen Granville. Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.

Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.

Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.
Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu keretapi terbabit.

Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.

Sumber : Here

Read More.. "OMG : Wanita Bogel Mengaku Diri Tuhan, Lari Dalam Komuter (Gambar)"

Tuesday, 29 October 2013

Gila : "Necropants", Seluar Dari Kulit Mayat Sebenar (3 Gambar)


Pada abad ke-17 di Iceland, ada dukun yang membuat seluar dari kulit kawannya sendiri yang telah meninggal dunia, seluar ini dikatakan membawa kekayaan.

Menurut legenda, kesepakatan mengerikan di antara dua kawan baik untuk mengatur yang akan menjadi seluar atau 'necropants,' yang digunakan untuk tujuan sihir tradisional pada masa itu.

Seluar ini di letakkan di The Museum of Icelandic Sihir & Sihir di Holmavik, Iceland,

Untuk membuat necropants atau seluar kulit manusia ini didapatkan dari orang yang sudah meninggal dan sudah mendapatkan izin dimasa hidupnya. dari perjanjian mereka harus menggali tubuh sahabatnya yang sudah meninggal dan melepaskan kulit mayat dari pinggang ke bawah dalam satu potong tanpa lubang atau calar, untuk membuat seluar mengerikan ini.



Sumber : Here
Read More.. "Gila : "Necropants", Seluar Dari Kulit Mayat Sebenar (3 Gambar)"

Monday, 23 September 2013

Gila : [Video] Apabila Pemandu Wanita Melenyek Dua Orang Pejalan Kaki


Memang gila. How the fuck do people like this got a licence??  langgar. Aku rasa mati je yg baju merah tu kene lenyek ng tayar... Tapi yg sorang la lost in action la pulak.. Nak tau lebih lanjut, google sendiri yer..


Sumber : Here
Read More.. "Gila : [Video] Apabila Pemandu Wanita Melenyek Dua Orang Pejalan Kaki "

Friday, 21 June 2013

Gila : Ibu 25 Tahun Suruh Teman Lelaki Rogol Anaknya Yang Berusia 4 Bulan (2 Gambar)


Pihak pendakwaraya di  St. Charles County, Missouri, telah menuduh seorang ibu berusia 25 tahun terhadap 'second degree murder' setelah membiarkan teman lelakinya merogol dan meliwat anak perempuannya yang berusia 4 bulan. Bayi itu telah mati akibat kecederaan yang dialami setelah dirogol, diliwat, didera dan dicekik.

Teman lelaki wanita ini, Jordan Lafayette pernah dihukum kerana kesalahan seksual terhadap remaja bawah umur. Namun, wanita itu telah menghantar sms yang membenarkan teman lelakinya untuk merogol anaknya itu.

Bayi malang yang bernama Ashlynn telah mengalami kecederaan yang serius iaitu kesam lebam di leher, dada, belakang dan abdomen lain. Selain itu, bayi itu juga mengalami koyak rektum dan kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan benda tumpul. Bayi malang ini dilaporkan telah mati ketika diliwat sebelum tertuduh mencekiknya.


p/s : Gila... apa hukuman yang patut untuk dua ekor binatang ni? 

Sumber : Here
Read More.. "Gila : Ibu 25 Tahun Suruh Teman Lelaki Rogol Anaknya Yang Berusia 4 Bulan (2 Gambar)"

Monday, 10 June 2013

Gila : [Video] Suasana Ketika Hantar Anak Ke Sekolah Di Chechnya


Video ini menunjukkan keadaan ketika menghantar anak ke sekolah di Chechnya. KEadaan ini amatlah biasa bagi penduduk di sana. Gila!! 


p/s : Stylo beb.. 

Sumber : Here

Read More.. "Gila : [Video] Suasana Ketika Hantar Anak Ke Sekolah Di Chechnya "

Friday, 17 May 2013

Gila : [Video] Lelaki Menghempas Anaknya Ke Lantai Kerana Bertengkar Dengan Isterinya


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Chen telah menghempas anaknya yang berusia 1 tahun ke lantai di sebuah hospital kerana bertengkar dengan isterinya melalui telefon. Menurut saksi, budak itu terhempas kepala dahulu ke lantai konkrit dan kaki dan tangan budak itu patah. Menurut laporan doktor, kanak-kanak terbabit mengalami retak tengkorak, bengkak otak, dan pendarahan serius di bahagian muka. Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan kritikal.  

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis dan 3 hari sebelum kejadian dia telah terlibat dalam satu kes yang sama iaitu mencederakan isterinya dengan pisau kerana pertengkaran. 


p/s : Bapak macam ni tak layak utk hidup.. 

Sumber : Here

Read More.. "Gila : [Video] Lelaki Menghempas Anaknya Ke Lantai Kerana Bertengkar Dengan Isterinya "

Monday, 15 April 2013

Gila : Lelaki Ini Mengeluarkan Dadah Dari Lubang Duburnya (8 Gambar)


Taktik menyimpan dadah di dalam dubur adalah yang paling popular bagi pengedar dan penyeludup dadah. Ramai yang sanggup membahayakan diri demi mencari keuntungan. Ada yang menelannya dan ada juga yang menyumbat ke dalam dubur. Gambar-gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana membawa dadah. Lelaki ini telah dirahakna untuk mengeluarkan semua dadah yang tersimpan di dalam duburnya. Jom tengok.. 



p/s : Gila.. kuning2 tahi..

Sumber : Here
Read More.. "Gila : Lelaki Ini Mengeluarkan Dadah Dari Lubang Duburnya (8 Gambar)"

Sunday, 24 February 2013

Gila : Sukan Pelik, Menarik Leher Angsa Sehingga Putus (9 Gambar)


Sukan yang dikenali sebagai Goose Pulling ini pada asalnya dimainkan di Netherland, Belgium, England dan North America pada abad ke 17 hingga ke 19. Sukan ini dimainkan dengan menggantung seekor angsa dengan kepala di bawah dan diikat pada tali yang ditambat pada tiang. 

Kemudian, peserta akan menunggang kuda dan mencuba untuk menarik leher haiwan malang tersebut sehingga putus. Mereka  yang berjaya menarik leher angsa sehingga putus akan dinobatkan sebagai pemenang. 


p/s : Gila punya sukan.. tunggu la kat akhirat nanti leher korang plak kene sentap.. 

Sumber : Here
Read More.. "Gila : Sukan Pelik, Menarik Leher Angsa Sehingga Putus (9 Gambar)"

Wednesday, 27 June 2012

Gila : Nenek Potong Tangan Cucu 8 Bulan Di China (Gambar)


BEIJING - Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.

Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.

"Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.

"Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri," kata seorang jiran keluarga mangsa.

Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.

Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.

p/s : Ish3.. kesian baby tu.. 

Sumber : Here

Read More.. "Gila : Nenek Potong Tangan Cucu 8 Bulan Di China (Gambar)"

Saturday, 4 February 2012

Gila : Cara Seludup Manusia Masuk Ke US (5 Gambar)

Memang bermacam cara dibuat semata-mata untuk memasuki negara US secara haram. Kadang-kadang cara itu boleh membahayakan nyawa mereka. Tapi apa boleh buat, peluang untuk mencari duit di US lebih tinggi. Oleh itu, mereka sanggup menyeludup masuk dengan apa cara sekalipun. Jom kita tengok manusia yang kantoi.






Sumber : Here


Read More.. "Gila : Cara Seludup Manusia Masuk Ke US (5 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...