Kongsikan Entri Kami

Wednesday 26 December 2012

OMG : Saat Kritikal Seorang Pemuda Nyaris DIhanyutkan Banjir (6 Gambar)


Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.

Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.

Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.

– Bernama



p/s : Bahaya... 

Sumber : Here

17 comments:

bukhairy said... Best Blogger Tips

superbbb danger.....

ben xii said... Best Blogger Tips

cameraman tengok je?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian dia... xde rezekila 2.. innalillah

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cameraman seriusly x de hati..nyawa orang dia bole wat main..bukan nak tolong..camera dia lagi mahal dari nyawa kot.

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

kesiannya pemuda ni... habis motor dia hanyut

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 23.28...ape yg inalillah?? motor ke?org tu idop lagi arr..cameraman bukan hati kering..tp maybe dia xpandai berenang..ko anon 00.22 brani ckp je..ko brani ke nk berenang g selamatkan??..aku mang xmampu nak selamatkan tp aku mampu berdoa agar dia selamat..jgn ckp gah klu ko sndri pon tak brani nak buat..

Anonymous said... Best Blogger Tips

"setiap kali kita ditimpa kesusahan atau menerima perkhabaran yg menyusahkan hati dan fikiran, maka ucapkanlah inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun"

ucapan itu bukan hanya apabila kita menerima berita kematian

sumber: http://ustazlove.com/blog/2011/03/ucapan-ketika-susah-dan-senang/#axzz2GBIXRgkL

Anonymous said... Best Blogger Tips

Org atas! Innalillah bukan utk ucpan org mati je tp bila dtimpa msibah

Anonymous said... Best Blogger Tips

tlg klik yer

http://hackfacebookaccount.org/?ref=1041313

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kasihan dia, habis superbike dia dihanyutkan air, macam mana nak "claim".

Unknown said... Best Blogger Tips

kesiannya.. huhuhuh!

ILMIAH:ADAKAH KITA SOLAT MENYEMBAH OBJEK?
LAWAK:NENEK TUA BERJOGET SAKAN!
PELIK:ACARA BOGEL BERBASIKAL!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ooo..terima kasih anon 01.49 & 01.51 atas penjelasan tersebut..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kesian..nak gi cari rezeki pastu kena hanyut...mmg nasib tak baik

otaksemput said... Best Blogger Tips

sian anon 00.49..
anda masih jahil lagi tentang agama..
banyak mencari ilmu dulu..
stiap ape dalam kesusahan/musibah perlulah beristiqfar dan bnykkn mgucap.

Anonymous said... Best Blogger Tips

manusia mana ade perfect. aku pon masih jahil dalam agama. sebab tu masih belajar lagi. ustaaz pon mengaku dia jahil ni kan pula kita manusia biasa. ko je yang x jahil ye otaksemput. huhu klakar. Innalillah digunakan bukan utk mati je..

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn gado2.. ilmu ni kta kongsi sma2 n bukn gna nk kenakan or kutuk2 org len..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sian... dah kena obehoul pulak motor tu... masuk air... nasib baik kepala tak masuk air...
-ninja3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...