LONDON – Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi 
subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi 
mahasiswa termuda Britain. 
Berdasarkan umurnya, Xavier 
Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di 
Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi
 peringkat ijazah.
Gordon-Brown layak mengikuti pengajian 
peringkat universiti selepas lulus ujian Sijil Umum Pendidikan Menengah 
(GCSE) pada 2009 dan menjadikan dia calon termuda memperoleh markah A 
dalam subjek berkenaan.
Kini, Gordon-Brown mengikuti kelas pengajian di Universiti Terbuka di Grinstead Timur dua atau tiga kali sebulan. Disebabkan usianya juga, Gordon-Brown terpaksa ditemani ibunya setiap kali dia pergi ke dewan kuliah.
Berasal
 dari Haywards Heath di Sussex, Gordon-Brown masih meneruskan 
persekolahannya seperti biasa, selain menyertai pelbagai aktiviti 
seperti belajar bermain klarinet, piano dan biola. 
Di sekolah, Gordon-Brown mempelajari empat bahasa asing dan aktif bermain bola. Dia mengikuti kuliah apabila tiada sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan dengannya. Ibu Gordon-Brown, Erica, berkata dia amat bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.
Walaupun
 ada ibu bapa yang memastikan anak mereka membesar di kalangan rakan 
sebaya, dia berpendapat, Gordon-Brown boleh menyesuaikan diri bergaul 
dengan mahasiswa yang jauh lebih dewasa daripadanya.
“Adalah baik untuk Gordon-Brown dapat berkawan dengan seseorang yang memiliki tahap intelektual setara dengannya,” katanya. 
Minat Gordon-Brown kepada angka bermula sejak awal.
Kata
 Erica, anaknya itu mula menguasai kemahiran sifir sebelum berusia empat
 tahun dan mampu menyelesaikan soalan aritmetik mental walaupun belum 
bersekolah.
“Setahun selepas mencatat kejayaan di peringkat GCSE, Gordon-Brown lulus peperiksaan A-level,” katanya.
 Sumber : Here



6 comments:
1st -saifullah jpa pencen
letak nama ank xavier la..mcm prof X dlm xmen...confirm pandai
http://rm30.ibct.my/1234
dy x penah tgok dunie kot
biar tak tengok dunia janji ilmu berkepuk
respect budak ni!
Post a Comment