Kongsikan Entri Kami

Monday, 27 August 2012

Serius : Penyembur Anti-Bunuh Diri Untuk Tentera US (9 Gambar)


Setiap 80 minit, seorang tentera US akan membunuh diri dan pakar-pakar psikologi telah mula membincangkan masalah ini sebagai satu wabak penyakit yang membimbangkan. Dalam masa itu, pihak tertinggi tentera US telah meluluskan peruntukkan sebanyak USD$3 Juta bagi tujuan penyelidikan.
Profesor dalam bidang Neurobiology, Micheal Kubik kini telah berupaya mencipta sejenis ubat yang dikenali sebagai anti-bunuh diri dalam bentuk penyembur hidung (nasal spray). Ubat yang dikenali sebagai "penyembur harapan" itu dikatakan mampu memberi kesan kepada proses otak untuk menghentikan satu tindakbalas yang memberikan respons untuk membunuh diri, tekanan dan tingkah laku bipolar.
Kini, hanya kajian selanjutnya yang mampu menunjukkan sama ada semburan tersebut mampu menyelamatkan nyawa manusia atau tidak. Walaubagaimanapun, para saintis sedar bahawa semburan ini bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta baru-baru ini telah menghantar satu memo dalaman kepada pegawai-pegawai tertinggi tentera dan pegawai awam di Amerika Syarikat yang menyimpulkan bahawa bunuh diri merupakan salah satu masalah paling kompleks yang sedang dihadapi oleh Jabatan Pertahanan pada masa ini.


Sumber : Here

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow...benar ka ni?

Anonymous said... Best Blogger Tips

ya benar

Anonymous said... Best Blogger Tips

mereka tekanan lawan dgn pejuang2 islam yg tak takut dgn mati.. malah tentera US merupakan tentera yg sangat takut mati di medan perang.. Allahuakbar!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

seblom bunuh diri..suh diorag mengucap dulu..cnform tak jadi bunuh diri..haha..tekanan..tekanan..stress bunuh org ni..bedosa..dihantui dosa membunuh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bipolar disorder

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...