CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.
Kelmarin,
polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam
yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya
berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.
Menurut
jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh
dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak
tidur di rumahnya.
“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa
disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek
menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada
2007.
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi. Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.
Dalam
satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di
dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya
sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut. Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : Here
6 comments:
1st!
hahahaha ayob. hahahaha
ayob?hahahaha.. xde name lain
terbaik lah ayob
ben xii ko mmg mcm haramjadah..ayob tu kn nabi nabi per yg pelik nye..korang mmg bodoh piang tahap babi..
Post a Comment