GEORGE TOWN – Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan
berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang
juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12
tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen
Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan
dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
“Kami
juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan
bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.
Pada
20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12
tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi
dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan
harinya.
Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Pada
Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya
ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit.
“Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan.
Gadis
tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi
dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya,” kata Lim.
Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik.
“Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang,” katanya.
Yusuf
berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan
hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.
Hukuman
ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal
Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima
tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol
seorang gadis berusia 13 tahun. – MStar
Sumber : Here
14 comments:
bodoh!
eh eh! bole pulak yer?
21tahun rogol budak 12 thn darjah 6...ape halla budak ni...camni sukela ahli2 persatuan perogol semalaysia...lepas camtu jer...
Tahniah Malaysia.Malaysia BOLEH.
kenapa tak denda dua2 sekali..denda juga mak bapak yg xpandai jaga anak pmpuan yg baru akil baligh..kecik2 dah pandai bercinta,padan la muka kena dgn lelaki yg mcm tu..
Makin ramai ka pedo kat malaysia ni..adohai.. :-(
taniah malaysia!!1 malaysia...
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh
kahkah nampak sangat la dia couple dengan budak tak matang ada sebab . bangang apa budak darjah 6 tu kot
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
tersangat la
bodoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
bodooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
bodoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
kan aku dah mengutuk ni. arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
malu satu dunia la si chuah ni... pedo pedo pedo
sbb 2 kena sokong PAS utk laksanakn HUDUD! rosak anak bangsa!!!!!!!!! pangkah BN msa bila nk laksana ni??? tlong la rkay malaysia..jenayah rogol hnya dlpskn mcm 2 saja? oh my malaysia..manakah akal kamu..apakah masa depan budak tu...
oh My Barisan..saya nk undi kamu tapi macam ini kamu pimpin negara...musnah..
Mungkin sebab pemuda ni handsome sangat, jadi hakim pompuan (sitarun Nisa) nie, tak sampai hati nak jatuhkan hukuman. Untung jadi orang Handsome ni, tak percaya kita tengok apa akan jadi kalau si fahrin ahmad merogol ataupun Aaron aziz yang merogol.
itu keputusan hakim dari badan judisiari...kerajaan dari badan eksekutif..apala bangang sangat semua keputusan hakim salahkan kerajaan...salahkan hakim tu yang bangok buat keputusan
Post a Comment