Kongsikan Entri Kami

Sunday 11 December 2011

Pendedahan : Kajian Surah Ar-Rahman Dan Kaitannya Dengan Tarikh 1433H (2012 Masihi)


Sebelum kita pergi jauh, niat admin hanyalah ingin berkongsi satu kajian bertajuk “PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU” yang mana akal kita yang lemah ini pasti tidak dapat mencipta sepotong ayat pun yang lebih hebat ataupun yang setanding dengan ayat yang diturunkan oleh Allah swt ini.





Jadi, admin berharap untuk pembacaan kali ini marilah kita niat untuk mengambil ilmu dan jadikan sebagai peringatan untuk kita. Sungguh setiap kejadian itu ada hikmah dan rahsia Allah.

Sedikit intro:

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

Kajian Surah AR-RAHMAN & Tarikh 1433H (2012 Masihi) Peringatan Buat Kita

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub…ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. 

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet. 

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk “Prime Obsession”. Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana! Tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M). Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

“Hujan batu meteorite?” pada huruf ke – 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
“Balasan azab berpanjangan” pada perkataan ke – 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
” Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta” pada ayat ke – 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua’lam.

p/s : Kami hanya share.. semua yang benar itu datang dari Allah.. 

Sumber : Here, Here

22 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

subahanallah..hampirnya kiamat.

Unknown said... Best Blogger Tips

meremang bulu roma baca ni.

manja said... Best Blogger Tips

pesal aku rsa seram gila baca nie..ya Allah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

xckup lg amal aku nk hadapi sume ni...Ya ALLAH.. kuat kn la imam hmba MU ini...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kiamat tu pasti...Hanya Allah yg tahu...xperlu percaya teori2 ni semua..beribadat secukupnya dan bersedia saja

syuk said... Best Blogger Tips

hurm

Anonymous said... Best Blogger Tips

takutnye... ak ni slalu je leka.. :(

Afiq Mohd Zainol said... Best Blogger Tips

aku prnah bce psl ni sblom ni.. mmg rase2nye akan blaku sumting pd tahun 2012.. mngkin 1 malapetaka.. tp bkanlah kiamat.. bila kiamat, hanya Allah y tahu.. sbb sblom kiamat, Islam akan mmrintah dunia slma 40tahun..

Anonymous said... Best Blogger Tips

eee..takutnya.kekadang kita leka memanjang je..!

malisretusafmily said... Best Blogger Tips

tetibe..rase gerun... gementar... rase tlinge nih panas... jantung dupdap2... nafas...???
ya allah... berikan aku kesempatan utk btaubat byk2.....!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

alaa bnde cmni dh lme aku tnye ustat kt msjid dh..kiamat ni dh di beritahu,korg pn aku rse mse kck2 dlu dh blaja kt skolah agama yg kiamat ni dtg tidak diduga dan tidak di ketahui tarikhnya..so bnde2 cmni org jahil je yg buat,ntah2 org brat sndiri yg buat tok kucarkcirkn pmkrn org islam..wlau cmne pn bgs jgk klau korg nk btaubat skrang..lg bgs kn

Ilham11 said... Best Blogger Tips

rasa berdeabr bila baca..Ya Allah,kuatkan lah keimananku pada mu Ya Allah..yang pasti kiamat pasti berlaku

minoari89 said... Best Blogger Tips

Ya Allah kuatkanlah iman ku...

Anonymous said... Best Blogger Tips

HASBUNALLAH WANIKMALWAKIL...HANYALAH ALLAH SWT SEBAIK2 PENOLONG...berkerjalah seperti akan hidup selama2nya dan beribadahlah seperti akan mati keesokannya...Hamba yg beriman hatinya slalu merindukan Tuhannya dan bila melakukan dosa hatinya tersangat takut sekali akan kemurkaan Tuhannya sehingga cepat2 ber taubat mohon keampunan NYA dan berikrar tidak melakukannya lg..kita xdpt beribadah setekun dan sekusyuk para Nabi2 dan org2 zmn Rasulullah saw, hdp di zaman moden ini yg penuh cobaan dan slalu dpt dosa percuma dgn sdr atau tnpa sdr,tgk tv je pun dah dpt dosa blm lg yg kita mkn dan duit yg kita terima shubhat atau x kita xtau,itu ujian kita di zaman ini..dah lumrah manusia bila senang lupa Allah bila ssh xhnti2 myebut nama Allah walhal Allah swt xprnh skalipun mlupakan hamba2 NYA,bila ura2 kiamat nak dekat pun sejauh mana rasa tkt tu adkah hgga mggeletar ketakutan dan lantas ingin meningkatkan keimanan?? adakah tkt kita sama sprti saat2 sebnr mghadapi kiamat??..sentiasalah bersedia jgnlah menangguh2 utk mnjadi hamba Allah yg soleh n solehah,jgnlah menolak hidayah yg di bri dgn alasan msh muda n hati blm terbuka,hamba Allah yg beriman sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian ataupun kiamat wlupun xtahu bila waktunya terjadi..sediakan bekalan di akhirat sana..sama2lah kita ambil akhtibar n sama2 kita perbaiki iman kita...wallahu allam.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bismillahirrahmanirrahim...
Kita manusia hny mampu mengkaji n meramal tentang apa yg allah sampaikan kpd kita melalui al quran. Betul o salah kajian ini tidak penting, yg amat penting skali, kita sbg makhluk ciptaan allah n hambanya wajib patuh akan sgala perintahnya dgn melakukan sgala yg telah diajar oleh junjungan besar nabi saw. Smoga dgn mengabdikan diri pad allah dan patuh pd rasulnya, allah akan memberi kita rahmat nya n termasuk dlm golongan org yg akan mendapat syafaat... Amin ya Rabbal'alamin...

syima said... Best Blogger Tips

Segala yang akan berlaku itu adalah ketetapanNya. Dan ini semua juga adalah turutan qada dan qadar yang telah ditetapkanNya.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Assalammualaikum...
Saya bukanlah seorang yang bijak dalam ilmu2 agama ini...tetapi saya pernah menghadiri satu forum berkenaan hari kiamat yang mana kita hidup ini menurut Nu'man Bin Basyir y mana kita mempunyai 5 fasa dalam hidup ini iaitu:
1)Fasa kenabian
2)Fasa khalifah(Khulafa' Arrasyidin)
3)Fasa-fasa y raja2 menggigit (menzalimi rakyat)
4)Fasa Kerajaan Diktator (Cth:MESIR, LIBYA DAN TUNISIA)
5)Fasa kembalinya khalifah (Imam Mahadi dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W)

Mungkin sekarang ini kita sedang melalui fasa y ke-4 dan terdapat hadis y mengatakan takkan berlakunya kiamat sehingga SELURUH UMAT ISLAM BERTEMPUR DENGAN GOLONGAN YAHUDI yang mana semasa pertempuran ini...Imam Mahadi y akan mengetuai dan ketika itu pokok dan batu pn mmpu berbicara...

Di dalam ceramah tersebut turut menyatakn bahawa persoalan kiamat pada tahun 2012 adalah suatu provokasi ciptaan YAHUDI untuk mengalihkan fokus umat islam dalam pembangunan kepada kebangkitan khilafah semula. Selain itu, ceramah tersebut ada membincangkan jgn kita terlalu taksub dengan kiraan y diada2 kan oleh Yahudi untuk mengalihkan mata kita dengn kebenaran turunnya Imam Mahadi. JANGAN KITA SIBUK UNTUK MENGAETAHUI WHERE, WHEN AND WHO, kerana dalam AL-QURAN, aspek yang DIPENTINGKAN ADALAH WHY AND HOW SESUATU KEJADIAN ITU BERLAKU..sebagaimana kisah Ashabul Kahfi Allah menekankan di dalam surah Al-Kahfi supaya kita berusaha dan menyerahkan selebihnya kepada Allah.

Sesungguhnya persoalan kiamat dan segalanya hanya Allah lebih mengetahui...oleh itu, marilah sama2 kita menyiapkan diri dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah dan bersedia menghadapi mati dengan membayangkan seperti esok adalh hari kematian kita daripada kita LALAI dengan kiraan dan bila berlakunya kiamat...SEMUANYA KITA PERLU YAKIN DAN SERAH KEPADA ALLAH...

Sekiranya apa y saya sampaikan ini menyinggung perasaan sesiapa..saya mohon maaf. bukan niat saya untuk berbuat demikian. saya hanya berkongsi ilmu yang Allah pinjamkan pada saya kepada semua.

Wassalam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kalau dilihat dari berita kapal angkasa rusia bakal terhempas pada tarikh 9 Jan 2012 atau sebelum dgn tarikh ini.

Boleh baca berita penuh disini :-

http://www.space.com/13960-russia-failed-phobos-grunt-spacecraft-reentry.html

Anonymous said... Best Blogger Tips

mohon share

Anonymous said... Best Blogger Tips

yang paling penting kita perlu persiapkan diri kita dengan amalan2 mulia serta mematuhi segala ajaranNYA sebagai bekalan d akhirat nanti...KIAMAt ITU PASTI.......

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous

artikel yg sesat lg menyesatkn.ni sume "tatayyur" (ramalan). adelah salah mentafsirkn/bermu'amalat spt ini dgn ayat alquran....pkara ghaib(tarikh bila blaku "musibah" yg dmksudkn) hanya Allah shj yg tahu.. jika bnr ayat yg diterjemahkn d atas,bgaimn pula dgn ayat2 lain? ali adam spatutnya ramal ttg sume ayat alquran utk "menyelamatkn" mnsia drp ditimpa lbh byk musibah d ms dpn...

1 soalan sy: ade sesiapa dpt sahkn kwujudan ali adam? nsht sy,jgn lah mudah percaya pd pkara yg ragu2 spt dlm artikel ni....

yg penting,ptingkatkn kualiti ibadat stiap hr.. sape tau,mgkin esok ialah "kiamat" bg anda saat malaikat izrail dtg mencabut nyawa.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Dah tahun 2014 pun...apa punya artikel da...buang la sesat lagi menyesatkan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...