Kongsikan Entri Kami

Sunday, 11 December 2011

Info : Tukar MyKad Anda Kepada MyKad Baru 2012


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Kad Pengenalan Warganegara Malaysia atau Mykad yang baru. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan (Admin rujuk Kamus Dewan: Turis bermaksud Toreh) laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di SIRIM dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau menyatakan bahawa MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

Kepada Anda yang memiliki MyKad pun tahu sendiri kualiti sekarang, cipnya yang sensitif tu kadang-kadang tak detect, struktur kad yang mudah patah, plastik pelindung terkeluar, dan sebagainya. Jadi kesannya banyak urusan terganggu dan membazir masa sebab kena buat mykad baru. 

Apapun MyKad sekarang nie lebih baik dan banyak kegunaan daripada Kad Pengenalan Plastik yang lama dulu kan? Kiranya ada improvement la di situ. Tahun 2012 depan nak keluarkan yang terbaru.

Kepada pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, mereka akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) bolehlah menukar kad lama mereka dengan MyKad yang baru. 

Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, Mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. 

Untuk maklumat lanjut, Anda boleh rujuk terusLaman JPN sendiri.






Sumber : Here

6 comments:

Sunyi said... Best Blogger Tips

camtu ema nak tuka laaa mykad nanti.

http://handonfeet.blogspot.com/2011/12/gluthathione-oh-gluthathione.html

hazirah kasimon said... Best Blogger Tips

alahai..malaihnya..

Anonymous said... Best Blogger Tips

huhu.. slagi x dpt amaran or denda, mmg xla aku pegi.. keh3

razzwey razz said... Best Blogger Tips

mykad yang sedang digunakan sekarang rasanya terlalu lembut, boleh dilentur sedikit, tak seperti mykad di generasi yang awal... aku dah 3 kali tukar mykad, kad yang pertama lebih baik kualitinya berbanding yang kedua & ketiga...

razzwey razz said... Best Blogger Tips

sblm itu, aku tukar mykad yg 1st sbb wallet kena curi(bukan sebab kad rosak), yang kedua,mykad patah di tengah2... :-(

Ilham11 said... Best Blogger Tips

mykad aku pki mcm nak terpatah dah..aduii..harap2 boleh la tukar kad baru tahun depan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...