Kongsikan Entri Kami

Sunday, 11 December 2011

Info : Awas, Minuman Segera 3-in-1 Membahayakan Kesihatan


Info Kandungan minuman 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

KUALA LUMPUR – Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan menganduni ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.




Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku slalu minum..hhmm..kene kurangkn la nmpknya..


AKSI PERTAMA MAT TUNE'S DI MALAYSIA!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

alaa... ni da lama la msuk paper... jgn mrah ek.. sya syg blog serius ini...

Anonymous said... Best Blogger Tips

oppsss!!! maaf10000x!!!! bkn blog serius, mksud sya blog aku stress ni.. huk3.. maaf ye sume..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ye ke? berat badan berlebihan? aku minum 4-5 peket sehari, aku under 45kg.

Anonymous said... Best Blogger Tips

wahh.. dasat la ko... mnum berkilo2 pun bdn maintain jeww.. huk2

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi boleh minum gak kan cuma kena kurang ja. sebab suka la minum yg 3 in 1 ni sbab mudah.

malisretusafmily said... Best Blogger Tips

tiap2 pg..sblm pi keje..mesti minum sepeket....huhuhuhuhu....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...