Kongsikan Entri Kami

Friday, 4 November 2011

Sadis : [Video] Bayi Dalam Beg Plastik Masih Hidup Selepas Dibuang oleh Jururawat di Nanhai


Pada pagi 26 Oktober yang lepas, Red Cross Society Hospital menjadi kecoh kerana kes pembuangan bayi oleh seorang jururawat. Semuanya bermula apabila Liu Dongmei telah berjaya melahirkan anak dengan bantuan dua orang jururawat. Salah seorang daripada mereka memberitahu Liu yang bayinya adalah anak perempuan dan telah meninggal dunia semasa dilahirkan sebentar tadi. Jururawat tersebut kemudiannya memasukkan bayi tersebut ke dalam beg plastik untuk dibuang. Namun, saudara mara Liu yang tiba setengah jam kemudian begitu kesal kerana tidak sempat melihat bayi perempuan tersebut. Mereka memohon untuk melihat bayi tersebut walaupun telah mati buat kali terakhir. Mereka ikut jururawat ke arah tempat pembuangan bayi tersebut. Tetapi, semasa jururawat tersebut mengambil balik beg plastik tersebut, dia terkejut melihat bayi tengah bergerak.  Dia terus bersihkan serta dihantar untuk dirawat. Rupa-rupanya bayi tersebut belum mati seperti yang dinyatakan dan satu lagi, bayi tersebut bukan perempuan tetapi adalah lelaki. Video di bawah menunjukkan penemuan bayi yang masih hidup di dalam bag plastik. Orang ramai begitu marah kerana jururawat tersebut memberi maklumat palsu serta tidak menggunakan alat untuk memastikan jantina sebenar bayi tersebut.

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian baby tu....jururawat yg x bertauliah....harus d pecat!!!

Notown said... Best Blogger Tips

kalau mati buang je? Sadis betul la!

Anonymous said... Best Blogger Tips

adakah patut main buang jak..bayi tu dikira manusia juga...napa x boleh kuburkah...nasib ada saudara dtg..kalo x mati sia2 itu bayi...atau kemungkinan jururawat itu sengaja ckp mati..manatau bayi itu d jual...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...