Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Monday, 18 July 2011

[Fakta Stress] 7 Daripada 10 Mangsa Rogol Adalah Kanak-Kanak!!


KUALA LUMPUR – Kes jenayah rogol keatas golongan kanak-kanak kian membimbangkan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai tujuh daripada 10 mangsa rogol yang dilaporkan kepada pihak polis melibatkan golongan kanak-kanak.

“Oleh itu satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Projek ‘Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat’ anjuran Lions Group di sini hari ini.
Lam Thye berkata, statistik tersebut juga menunjukkan bahawa seluruh masyarakat Malaysia perlu bersama-sama bangkit menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan statistik pada tahun 2009 bilangan pelajar yang terlibat dalam kes jenayah seramai 1,409 orang dan ia meningkat sebanyak 38 peratus pada tahun 2010 iaitu 1,947 pelajar.

Menurutnya, bagi remaja bukan pelajar bilangan kes yang dilaporkan pada tahun 2009 adalah sebanyak 2,245 kes dan ia meningkat sebanyak 43.3 peratus iaitu 3, 218 kes pada tahun lalu.

Jelasnya, ia sebagai satu perkembangan yang membimbangkan dan statistik tersebut membuktikan bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan belia dan remaja di negara ini.

“Meskipun indeks jenayah menunjukkan penurunan tetapi jumlah kes yang melibatkan golongan remaja berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun pula meningkat dan ia satu yang membimbangkan,” katanya.


p/s: Ape nak jadi la dengan dunia sekarang..makin ramai pedofil.. Ish3x.. 


Sumber: NewsHub



1 comments:

Kim said... Best Blogger Tips

ini sangat menyedihkan. haih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...