Kongsikan Entri Kami

Saturday 28 May 2011

Ustaz menjadi orang "Most Wanted" Bank Negara



KUALA LUMPUR: Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.

“Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.


“Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Ibu Pejabat BNM.

sumber : mymetro

6 comments:

Mr. Asada said... Best Blogger Tips

stress mikir.. cmna leh ada banyak sangat duit dalam akaun? cuba imagine kalau rm200juta tertulis kat dalam buku akaun Giro. hahaha..

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

Tu la..cuba la betul2 kan? hihi

Anonymous said... Best Blogger Tips

perghhhhhhhh uztaz tu.....hahhahaahaahaaaahaaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

2 bkn ustaz..ustaz tggi ag pgkat..kt ngra arab..ustaz 2 same ngn pgkat prof

Anonymous said... Best Blogger Tips

https://m.facebook.com/help/2978174759158711/?ref=share

Anonymous said... Best Blogger Tips

kuat untung

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...