Semua pasti tahu yang ketika ini, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.
Mereka
hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan
diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun
pemerintahan Ratu Elizabeth.
Hari ini, Putera William dan Kate
mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid Assyakirin,
Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.
Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri
Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di
Egypt pada tahun 1992.
Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.
Jadi,
tidak hairanlah media-media Britain seperti Dailymail.co.uk mengatakan,
Kate mempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu
mengenakan tudung di Masjid Assyakirin itu.
p/s : Bagus jugak dia nih.. walaupun pakai tudung separuh je.. tapi tetap menghormati..
Read More.. "Cun : Duchess of Cambridge Kelihatan Cantik Bertudung (3 Gambar)"