Kongsikan Entri Kami

Saturday, 25 August 2012

Serius : "Ma'nene", Ritual Menukar Baju Mumia Di Indonesia (8 Gambar)


Di daerah Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia terdapat satu ritual setiap 3 tahun dimana para penduduk menggali kubur nenek moyang mereka untuk ditukarkan pakaian mereka dan diarak di sekeliling kampung. Ritual yang dipanggil Ma'nene itu bertujuan untuk memberi penghormatan kepada si mati dengan memberi pakaian baru kepada mereka.








p/s : Pelik dan seram.. 

sumber : here
Read More.. "Serius : "Ma'nene", Ritual Menukar Baju Mumia Di Indonesia (8 Gambar)"

Kreatif : Apabila Model Cantik Menjadi Zombie (9 Gambar)

Jom kita tengok seorang model cantik yang bersolek seperti tengkorak.. 

 

Sumber : here
Read More.. "Kreatif : Apabila Model Cantik Menjadi Zombie (9 Gambar)"

Cool : [Video] Suasana Gangnam Raya Oleh Family Yang Teramat Sporting


Jom kita layan video yang dihasilkan oleh clan anak cucu Tok Harun ni.. memang sporting gler ah family nih.. sempoi... raya gangnam style..


Sumber : here

Read More.. "Cool : [Video] Suasana Gangnam Raya Oleh Family Yang Teramat Sporting"

OMG : Hurex, Kondom Berperisa Air Zam-Zam? (Gambar)


Benda ni telah tersebar dekat internet semenjak dua tiga menjak ni. Tak dapat dipastikan samada benda ni betul2 ada dijual atau sekadar hiburan orang kafir untuk menghina agama Islam. Gambar kat depan tu pun dah menghina.. Apa pendapat korang?

Sumber : here
Read More.. "OMG : Hurex, Kondom Berperisa Air Zam-Zam? (Gambar)"

Cool : Khazret Sultan, Masjid Terbesar Di Asia Tengah (22 Gambar)


Masjid Khazret Sultan yang terletak di Astana, Kazakhstan ini merupakan masjid yang terbesar di Asia Tengah. Ianya dirasmikan pada 6 Julai 2012 sempena ulangtahun ke 14 bandar tersebut dan juga tarikh lahir presiden negara itu iaitu President Nursultan Nazarbaev.

Masjid ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dan dapat memuatkan lebih 5000 orang jemaah pada satu-satu masa. Lebih 70% penduduk Kazakhstan ialah muslim .


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Khazret Sultan, Masjid Terbesar Di Asia Tengah (22 Gambar)"

Serius : Siapakah Budak Lelaki Yang Membawa Pistol Ini? (7 Gambar)


Gambar seorang budak lelaki yang bernama Kolya Lukashenko yang membawa pistol telah menjadi viral di internet semenjak dua menjak ini. Tapi, siapakah budak lelaki tersebut? 

Kolya Lukashenko ialah anak kepada diktator Belarus, Alexander Lukashenko dan telah dinamakan sebagai pengganti presiden. Pemilihannya sebagai bakal presiden mengundang kontroversi kerana dia mempunyai dua orang abang.  Namun, hanya bapanya sahaja yang tahu kenapa dia memilih ank lelakinya yang berusia 7 tahun sebagai pengganti beliau kelak. 

Kolya Lukashenko sering dilihat menghadiri perarakan askar, mesyuarat kabinet dan berjumpa dengan ramai pemimpin negara lain dengan membawa pistol emas pemberian bapanya. 


Sumber : here
Read More.. "Serius : Siapakah Budak Lelaki Yang Membawa Pistol Ini? (7 Gambar)"

Berita : Pengantin Ke Hospital Untuk Bernikah (2 Gambar)


KUALA TERENGGANU - Seorang jurunikah, Harun Nuh yang dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini, kerana diserang asma tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai jurunikah apabila menikahkan sepasang pengantin ketika dia sedang dirawat di hospital tersebut petang semalam.

Harun, 85, yang berasal dari Bukit Tunggal di sini, dimasukkan ke KTS kira-kira pada pukul 12 tengah malam kelmarin dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua hari di hospital tersebut selepas dia diserang penyakit asma.

Menurut Harun, sebelum dimasukkan ke hospital, dia telah menyatakan persetujuan untuk menikahkan satu pasangan pada pukul 4 petang semalam di rumah pengantin perempuan di Kampung Tok Jembal di sini, namun malangnya dia yang diserang asma telah ditahan di wad.

"Justeru, saya telah memaklumkan kepada mereka untuk datang ke hospital untuk dinikahkan kerana masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital," kata bapa kepada 12 orang anak itu ketika ditemui di sini semalam.


Katanya, bakal pengantin tersebut, Faris Marwan Abdul Rahman, 22, dengan pasangannya, Nurul Adina Khaled, 25, bersetuju dengan cadangan itu dan telah datang ke hospital untuk melangsungkan upacara akad nikah.

Harun yang mempunyai pengalaman selama hampir 30 tahun sebagai jurunikah memberitahu, semalam merupakan pengalaman pertama dia menikahkan pasangan pengantin di hospital kerana sebelum ini majlis akad nikah di masjid, rumah atau surau.

"Ini merupakan satu pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila terpaksa mengendalikan upacara akad nikah di hospital," katanya

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Pengantin Ke Hospital Untuk Bernikah (2 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...