Kongsikan Entri Kami

Thursday 20 September 2012

OMG : Lubuk Berlian Di Russia Mampu Bekalkan Berlian Dunia Selama 3000 Tahun (2 Gambar)


Rusia yang sebelum ini terkenal dengan imej kebuluran dan masalah penduduk yang tiada tempat tinggal walaupun mempunyai tahap ekonomi yang tinggi telah mendedahkan bahawa selama ini mereka telah tinggal di atas "lubuk yang mempunyai berbilion-bilion karat berlian" yang terletak di bawah sebuah kawah asteroid berdiameter 63 batu yang berusia 35 juta tahun di timur Siberia dikenali sebagai Popigai Astroblem.

Pihak Rusia mula mendapat tahu rahsia mengenai rahsia berkenaan semenjak tahun 1970-an dan mula berkira-kira untuk memulakan perlombongan di lokasi berkenaan bagi membekalkan pasaran berlian ke seluruh dunia untuk tempoh 3,000 tahun akan datang.

"Kawasan sumber berlian super-keras yang ditemui dalam struktur batuan di Popigai mempunyai bekalan berlian 10 kali ganda lebih besar berbanding rizab berlian yang ada di seluruh dunia," ujar Pengarah Institut Geologi dan Mineralogi Akademi Sains Rusia, Nikolai Pokhilenko semasa di temuramah agensi berita ITAR-TASS.




Tetapi, itu tidak bermaksud berlian di kawasan berkenaan akan diproses dan dijual sebagai sebentuk cincin pertunangan di seluruh dunia semata-mata.

Berlian di kawasan tersebut merupakan berlian yang super-keras, bermakna bahan galian tersebut mempunyai ketahanan yang 2 kali ganda lebih kuat daripada permata biasa dan mempunyai struktur berlian yang berbeza.

Menurutnya lagi, berlian seumpama ini hanya sesuai diproses dan digunakan untuk tujuan saintifik dan perindustrian. Menurut CSM, pihak Rusia akan menjadi pemilik dan pemonopoli untuk kawasan rizab berkenaan.


p/s : Perghh... 

Sumber : Here

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku dulu.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

jdi kalo kaw dulu ada aku kisah ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

cara mudah kurus tanpa berlapar

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa punya statement ni kata Rusia terkenal imej kebuluran? tiada tempat tinggal? Rusia tu anggota G8 la macha! negara maju tu.. lain la Africa.. apa da..

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

rosmah mesti suka

Anonymous said... Best Blogger Tips

PoN.. mengaibkan org,tanggung la ye

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape yg mengaibkan? saya rase tak salah, ada orang suka emas,ada orang suka buku,ada orang suka pinggan mangkuk.biase la tu.apa yg mengaibkannye.haddoi...tak paham la aku

Anonymous said... Best Blogger Tips

masyukkk!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...