Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 3 July 2012

WTF : Lelaki Mabuk Cuba Kunyah Muka Wanita (Gambar)


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP

p/s : Bodoh.. igt muka pompuan tu biskut ke hape nak kunyah2..

Sumber : Here

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

huh

Unknown said... Best Blogger Tips

macam2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

dong.. du.. dong.. du..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg pasti x ramai pun baca sgt artikel tu... ramai duk tatap panties amoi tu... termasuk aku... whahahha

ALPHA LIPID LIFELINE SDII NEW IMAGES said... Best Blogger Tips

ni mungkin sbb dadah sintetik yang terbaru "bath salt" yang kesan dia lebih ganas...

Anonymous said... Best Blogger Tips

nampaknya serangan zombie semakin menjadi-jadi, bukan lagi rekaan dalam filem.

Anonymous said... Best Blogger Tips

sodap ker~

Nuar Neo said... Best Blogger Tips

sedap ke bro ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...