Kongsikan Entri Kami

Saturday 7 July 2012

Cool : Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia (10 Gambar)

Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia.
Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai  “Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group.



Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan fakta berikut:
1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.
2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang.
3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.
4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.
5. Menempatkan pusat beli-belah  dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.
6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.
7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia.
8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.
9. Ketinggian keseluruhan adalah  601 m (1,972 kaki).



Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini, bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkn.
Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
 
Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.
 
Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini ‘
sumber: nik


25 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

dengan nama Allah konon.. tp dok berlumba bina tinggi2.. bodoh arab

Anonymous said... Best Blogger Tips

bengong komenter atas, dia wak clock tower besar2 sbb nk tampung jemaah ramaidlm hotel.. lagipun besar bkn sbb hotel jh, dlm tuh ada mall jgk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

apehal 2 org ats nieh...korg pndai nk maki2 jerk.ntah pape...mcm good2 jerk korg...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kan tak boleh wat menara melebihi ketinggian menara masjid ... dh bertentangan niy ... wallahualam ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

wallahualam ... maybe keja freemason ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

otak korg xley positif skit ke...
kata org bodo..hangpa lagi BODO!!!
apa taw..LOL!
kira ok la 2..da la jemaah rmai...nk ltak mna klau hotel xckup...xpenah p mekah xpyah bwat kpala taw la bangang...mcm haram g....

Anonymous said... Best Blogger Tips

xperlu mencarut..

Anonymous said... Best Blogger Tips

elok nk berdakwah tu, tp lg elok kalo berdakwah gune bahase yang indah. tak gitu?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kata org bodoh tp pekataan tue menunjukkan yg diri tak betol .. kate positif tp perkataan ta betol,ingat setiap kata yg ta betol adalah dose,nak ta komen tak betol kat cnie jd tatapan umum seumo idop ? org baca pastue sakit aty dah jdi dose taw ... nak delete pon admin jew bleh ... bgi la komen yg baek ta menyakitkan aty ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tp btl pe.. dunia akhir zaman ramai brlumba2 buat bgunan pncakar langit... tp tgkla sape pelopor bgnn tnggi2... mostly arab...

Hang Lekir said... Best Blogger Tips

Bangunan ni nampak hodoh giler. Tak kisah lah nak buat pencakar langit berapa banyak pun, tapi at least biarlah ada architectural value sikit.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bdoh..tande2 kiamat da npk..npk sgt arab nie bdoh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mngkin ulama kt sane benarkn pembinaan menare ni kot..sbb ambil kire nk tampung jemaah yg makin ramai..bine bngunan tnggi ats sebab kekurangan tanah bleh rasenye..laen la bina bangunan tnggi2 sbb nk tnjuk kemegahan..berlumbe lumbe bwt bngunan tnggi sbb nk jd tallest in d world..lg satu mse pembinaan bngunan ni, dpn aku org mati kene hempap besi construction seingat aku, dan darah yg mengalir sgtlah harum..x perlu la nak caci maki sesame sendiri..

Anonymous said... Best Blogger Tips

nampak bebeno bohong... mana ade civillian blh masuk construction site... even pagar dia pon ade buffer zone... kalo aku kat tempat ko aku dh blh saman kontraktor tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

^ ^
POYO

Anonymous said... Best Blogger Tips

Maka dengan ini,terbahak2 sampai tergolek2 syaitan tengok perangai korang macam ni.
Astaghfirullahaladzim..........

Anonymous said... Best Blogger Tips

korang x habis2 bercerita tentang psl tanda2 kiamat.. sedangkan kedatangan islam merupakan tanda kiamat.. manusia semakin ramai.. jdi think positive lah.. jemaah pun semakin ramai.. biarlah dunia nak kiamat ke apa.. itu janji allah dan juga rahsia allah.. yg hidup akan mati.. hanya akhirat yg akn kekal abadi.. itu janji allah.. takbir!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

dulu Abrahah bina tower lain nak tarik orang dari tumpu kpd Kaabah.skang org Islam sendiri bina tower tetinggi alih prhatian org elok ingat Allah terus ingat nak lepak..shopping..makin skit je la ingat Allah kat masjidil haram..

Unknown said... Best Blogger Tips

setuju benor ape yg anon 11.51 cakap ni...,nampak sangat...kabbah x jadi tumpuan dah...,cara halus nak memusnahkan umat islam...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak silap aku arkitek ke ape ke untuk hotel atau jam ni orang malaysia

aku ingat dah siap aku pergi aritu macam dah siap je

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tak setuju langsung dengan adanya menara ni. Menjadi distraction bila jemaah yang sedang berdoa depan kaabah. Masa pergi sana dulu hanya kita dengan kaabah. Terasa sangan personal dan intimate bila berdoa. Tapi seakrang rasa macam tak kena. Kaabah sudah tidak menjadi HIGHLIGHT di tempat suci itu sebab dibayangi menara tersebut. Dan perlu diingat menara ini bakal menjadi hotel bertaraf TUJUH BINTANG. Berapa ramai agaknya pengunjung Mekah yang MAMPU untuk menetap di hotel tersebut?

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg bodo tue kaw be... x ade org arab kaw pun msih dok pkai cawat atas pokok taw

Anonymous said... Best Blogger Tips

hmm kos nak buat haji meningkat lagi la nampaknya...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ketika saya berkunjung ke sana, tak nampak pulak ada jemaah yang tergugat atau terpesung ketika beribadat nampak seolah2 tiada jemaah yang ambil peduli dengan kehadiran jam besar/menara tinggi dan hotel bertaraf 7 bintang tu langsung tak nampak ada orang yang mengambil gambar bangunan/jam tersebut, masing2 leka beribadat.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Yes betul betul betul..kat sana masing2 sibuk buat ibadat..takde masa nak buat benda lain..kalo ada pun ramai yg gunakan untuk berehat..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...