Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur
ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada
zaman kanak-kanak mereka. Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael
Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10
tahun.
Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah
kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak
perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung. Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem
lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan
seorang lelaki tua kembali menjadi muda.
Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga.
Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: “Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak.
“Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api. Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka.”
Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: “Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, ‘Saya tidak tahu apa yang saya lakukan.
“Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya"
Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa
mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007. Keadaan semakin teruk tahun
lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga
minggu.
Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang
doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi. Ujian lanjut
mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut,
Walkers, juga menghidap penyakit itu.
Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah
perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira
100 orang dewasa di Britain. Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang.
Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk
bercakap dan kini tidak boleh berjalan. Mereka mudah buat perangai dan merangkak
sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan
untuk menjaga kedua-dua beradik itu.
Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt
memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang. Ia bermula dengan
seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam
untuk mengundurkan masa.
p/s : Kesian.. Cara diorang posing dalam gambar pun dah macam kanak-kanak..
Sumber : Here
9 comments:
serius!!!
black monkey bar... xD
1st ! ! !
ni mcm cite yg shaheizy sam berlakon ngn lisa surihani n mia sara tu, apa ntah tajuk citenye. tp sam jd bdk2 lps operate kepala. rupe2nye penyakit ni wujud...kesian sgt...
Forever young, i want to be forever young
1st
CUBA KLIK NAMA SAYA....GAMBAR SAPA TU???
ngko dan mak ngko..sow sweeet!
Tukan bkan abg ngko ke?? big fat mockey....
Post a Comment