Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka
berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di
dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.
Penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar
yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk
dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al
Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan
pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.
“Masjid ini adalah
satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada,
kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.
Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika
waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur
berjemaah.
Sumber : Here
5 comments:
Fuhhh..masjid dlm laut..nice :)
oh..lpe lg..1st
yelerr tew
betul ke ni mcm tak caye jer....nampak macam dorang pasang paip je.tak nampak cam masjid pun .admin jangan nak wat citer gebang
-billy fecren
binaan masjid tak kisah macam mana rupa pon, yang penting kewajipan menunaikan solat tu yg penting..zaman nabi pun masjid beratapkan pelepah pokok kurma je..
Post a Comment