Kongsikan Entri Kami

Saturday, 24 December 2011

Info : Cara-Cara Berdoa


Cara-cara Berdoa:
  1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa.
     
  2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
     
  3. Hendaklah menjaga makanan, minuman, pakaian dan sebagainya daripada harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
     
  4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
     
  5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar serta selawat ke atas Rasulullah saw & para sahabat.
     
  6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

Doa-doa Yang Makbul:
  •     Orang yang terdesak.
  •     Orang yang teraniaya/dizalimi.
  •     Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  •     Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
  •     Terasa sesuatu yang menakutkan.
  •     Menangis tatkala berdoa.
  •     Terasa menggeletar.
InsyaAllah.. Sama-samalah kita amalkan.. Sila sebarkan artikel ini.. 




    Sumber : Here

    3 comments:

    Cr4Zy_NooB said... Best Blogger Tips

    nice info ! :D jom kita share2

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    good info...i like..

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    allah maha mengetahui n maha pemurah..

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...