Kongsikan Entri Kami

Friday, 14 September 2012

Sejarah : Kisah Raja Dadah Colombia, Pablo Escobar (4 Gambar)



Sebelum ni ASG telah post mengenai keadaan pulau terbiar milik Pablo Escobar ni dekat SINI. KAli ni nak cerita plak siapa sebenarnya lelaki yang dikenali sebagai Raja Dadah Colombia ni.  
Pablo Escobar atau nama penuhnya Pablo Emilio Escobar Gaviria dilahirkan pada 1 December 1949. Beliau adalah seorang Raja Dadah Colombia terutamanya kokain dan merupakan antara pengedar dadah paling kaya dan berjaya dalam sejarah dunia. Ada pula yg mengatakan bahawa beliau ini adalah penjenayah kedua terkaya selepas Amado Carrillo Fuentes. Ada masa nanti aku cerita pasal Fuentes ni pulak. Aku bukanlah nak sanjung dia ni, tapi nak dijadikan bahan bacaan. Mungkin ada antara korang yg hanya pernah dengar nama tapi tak tau siapakah sebenarnya dia ni. 


Escobar dilahirkan di sebuah kampung di Colombia, anak ketiga dari tujuh adik beradik. Bapanya adalah seorang guru sekolah. Yaaa, guru sekolah.!! Escobar telah hidup susah sejak kecil dimana kampungnya tiada kemudahan elektrik dan sangat daif. Escobar mengambil pengajian sains politik sewaktu belum menjadi raja dadah. Dia digugurkan dari pembelajaran kerana tidak mampu membayar yuran. Berpunca dari inilah terjebaknya Escobar dalam dunia jenayah. Beliau mencuri batu nisan dan menjualkannya untuk mendapatkan duit. Sejak itulah dia melakukan apa saja demi mendapatkan duit.

Jenayahnya bermula kecil-kecilan dimana beliau menjual rokok² haram dan tiket loteri palsu. Beliau juga mengepau mangsa² yg baru mengeluarkan duit dari bank. Sehingga umur beliau 20 tahun, beliau telah berjaya mencuri kereta, menculik dan meminta wang tebusan sebelum meneruskan kariernya sebagai pengedar dadah. Escobar memasuki gelanggang jutawan semasa berumur 22.!! Gila umur 22 dah jadi jutawan.

Pada tahun 1975, Escobar bermula membangunkan empayar dadahnya. Beliau sendiri memandu kapal terbang beberapa kali diantara Colombia dan Panama untuk menyeluduk dadah ke US. Beliau kemudian membeli 15 kapal terbang yg lebih besar dan 6 helikopter. Dikatakan semasa kemuncak bisnes Escobar ini, beliau menyeludup 15 tan kokain ke US sehari yg bernilai setengah juta dollar.


Escobar pertama kali ditangkap kerana membunuh Fabio Restrepo dalam urusan jual beli dadah seberat 14 kilogram. Escobar ditangkap dan diheret ke mahkamah. Namun Escobar berjaya melepaskan diri dari hukuman selepas beliau merasuah polis. Sejak itulah Escobar menggunakan taktik merasuah polis dan ahli politik. Escobar juga membunuh sesiapa yg tidak mahu mengambil rasuah.

Apabila permintaan kokain semakin meningkat, Escobar merancang dengan lebih baik untuk penyeludupannya. Escobar membeli tanah, pelabuhan, hotel, rumah, bot, kapal terbang dan membina gudang sejuk untuk menyimpan kokain. Escobar berjaya membeli tanah seluas 20km² berharga beberapa juta dollar. Escobar kemudian membina zoo, tasik dan sebagainya untuk keluarga dan organisasi dadahnya. Selain menyeludup menggunakan kapal terbang, Escobar juga menggunakan 2 kapal selam remote control..!!

Escobar juga disanjung tinggi oleh penduduk kerana beliau banyak membantu penduduk terutamanya golongan miskin di Colombia. Beliau yg merupakan seorang peminat sukan, telah membina padang bola, gelanggang sukan, dan menaja pasukan bola sepak kanak². Escobar juga bertanggung jawab dalam membina hospital, sekolah, dan gereja yg menyebabkan beliau disanjung tinggi. Kerana itulah Escobar menerima sokongan dari penduduk Colombia dimana penduduk akan memberi maklumat, membantu persembunyian, dan melakukan apa saja untuk Escobar.



Pada tahun 1992, kerajaan US dan pihak polis Colombia melancarkan operasi untuk menangkap Escobar. Pada tahun 1993, menggunakan teknologi pengesan radio, mereka dapat mengesan kedudukan Escobar. Beliau dikepung dan semasa cuba melarikan diri, Escobar ditembak.

Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

pes

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini legend nieyh....orng politik pon dia bunuh gila power escobar...tony montana say halo to my little friend

Anonymous said... Best Blogger Tips

Weeii Anon 16:42...klu tak perlu carik customer..tak payah la ko post bisnes ko kat sini...bodohh

Sophie Ann said... Best Blogger Tips

dah mcm robin hood je cara dia ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

Du sophie ann beauty sekali kau ni, macam cinderella je :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sophie ann face mu macam arnab xoxoxo

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...