Kongsikan Entri Kami

Saturday, 15 September 2012

Kesian : Jutawan Berkerusi Roda Disaman Anaknya Sendiri (Gambar)


SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.


p/s : Ish3... macam2.. 

Sumber : Here

13 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ANAK DURHAKA MASUK NARKA!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

hmm mungkin ini KARMA kita tak tau cerita sebenar..

ben xii said... Best Blogger Tips

kalau ikutkan ,anak mana ada hak nak tentukan . kalau ikut logik akal , siapa yang cari harta tu . ataupun tu wasiat mak dia kat dia

Anonymous said... Best Blogger Tips

kena dengar dua2 pihak.. jgn dok melabel anak derhaka memacam.. mungkin karma, mungkin wasiat ibunya, mungkin ada perjanjian sebelum ni yg kita taktau.. mungkin ada org ketiga dari kedua2 pihak yg campur tangan...

Anonymous said... Best Blogger Tips

fight!!! fight!!! fight!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

pasal duit mmg la boleh gado

SitiTanjungPayung said... Best Blogger Tips

Money is the root of all evil.

Anonymous said... Best Blogger Tips

mcm kesian je bapak die tu. tp xtau crite sbena xleh kate pape la. kdg2 org tua mmg keras kepala gak. dan kdg2 mmg anak tu yg derhaka mcm haram.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bila wang menjadi raja..
apa pun leh jadi mcm mcm..
kalu lah bapa dia minta apa yg pernah dia berikan, anak dia pasti x terbayar ...
x mengenang budi punya anak... ibu nya dah meninggal...harta sepencarian dah jd hak suami..
suaminya akan bg ikut faraid pada anak2... lg senang...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Itu wang punya pasal... worang mati pun bley mari....

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau tgk bapak dia tu,aku rase la..dia tak kesah pung psl duit tu,yea la sebab usia.tapi mesti ada sebab knpa dia taknak kasi anak dia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku sokong anon2 yg kate maybe karma..kite tak tau anak tu derhaka ke atau ibu bapa tu yang teruk masa memuda dolu2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

NO, KALU TERLALU IKOTKAN HUKUM KARMA , IBARAT SEPERTI MEMBALAS DENDAM .. KITE SEBAGAI ANAK KENE FIKIRKAN KEDUA IBU BAPA KITE, BAIK BURUK MCMNE PON MEREKA, DOSA KITE MEREKA YG MENANGGUNG ... SIAN AYAH DIE, ANK YG BAIK XAKAN MENGHUKUM AYAHNYA WALAUPON MEMPUNYAI MASA LAMPAU ... YA ALLAH,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...