Kongsikan Entri Kami

Thursday, 13 September 2012

Info : "Warisan Merdeka" Bakal Menjadi Bangunan Ketiga Tertinggi Di Dunia (Gambar)


EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.

"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.

"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.

Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.

Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.

p/s : Kiamat semakin dekat... 

Sumber : Here

19 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

em kiamat dah hampir

Stuggahn said... Best Blogger Tips

janji dicapati!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bodoh....TIngi2 bangunan kalo taraf idop naik wat ape...Bangang org kaya2,yg miskin mkin bangsat..

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa kaitan bangunan tinggi dgn kiamat ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

malaysia bukan negara kasta...kalau miskin, usaha jd kaya..ingat lima perkara sebelum lima perkara...

kalau negara kasta...kalau family kau miskin,kau akan mewarisi kemiskinan itu..kalau family petani, petani la yg jadi...

itu sebab org suruh belajar rajin2...ini tidak...buang masa byk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ala potong ja la bangunan no dua kan senang

ben xii said... Best Blogger Tips

takkan taktau tanda kiamat . ramai orang berlumba lumba bina pencakar langit . tu antara tanda tanda kecil kiamat

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon 1641..bangng x tau tnda2 kiamat..antara tnda2 kiamat adlh orng brlumba2 nk buat bngnn pncakr lngit..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bodoh tul lah anon 1641 tu... Tanda2 kecil kiamat pun tak tahu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa masalahnya kiamat? hehehehe
dah memang nak jadi pun... dok ulang2 tanda2 kecil bila ada berita pasal bangunan tinggi.. mmg iya pun tanda tu.. so nak hentikan pembinaan bangunan tinggi supaya dapat 'melambatkan kiamat'..?
bek korang fikir kiamat kecil la.. takde tanda2nyer..silap2 jap lagi je jadi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

setuju anon atas aku.. aku pun dah muak jer asyik dgr ayat cliche ' bina bgnn tggi = kiamat'.. lama2 org takut nak bina bgnn tinggi. tapi ok la jugak.. cuma bagi peringatan jer.

mr.fapson said... Best Blogger Tips

wat pe membazir wat bangunan tinggi2??ada faedah ker??KL bertambah jem lg ada la....baik duit tu wat jalan nk elak kan jem lagi bagus....

Anonymous said... Best Blogger Tips

janji diLANCAPi!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Baik beli bas mewah 2 tingkat ade kerusi urut..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Asal citer bangunan tinggi jer kiamat..
Bangunan tinggi ke apeke tu tanda2 kecil nk kiamat
Maknanya peringatan sesama islam utk insaf dan taubat selagi terbuka...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Beli bas mewah 2 tingkat utk penasihat ekonomi yg x buat keje pon...
Jln sana sini..kutuk2 kerajaan ade bas mewah die pon ade sepesen
Siap muka beso tampal
Pastu ade org bodo lak nk pi simbah cat 3kali berturut2 tanpa gagal!
Bodyguard ade poyo2 pkai pistol...nmpk sgt drama swasta!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Alahai..abis lg le duit sabah & swak ni nk tlg bina bgnan tggi2 kt semenanjung nun..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bangunan tinggi = kiamat
hehehehehehe ayat melayu yg diulang2 setiap kali nampak pembinaan bangunan tinggi

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ramai yg buta fakta bila menulis. Pakai duit rakyatlah, buat jalan lagi baiklah, duit org sabah dan sarawaklah dan mcm2 lagi. Walhal yg buat bangunan tu adalah PNB. Duit pelabor2 yg melabur dalam ASB, ASN, Amanah Saham Wawasan dll. Bukan duit kerajaan. Pelabur mahukan keuntungan bukan saja2 menabung. Apa salahnya dibuat di situ. Itu tanah PNB. Lagi pun PNB akan menaik taraf kawasan tu dan mengekalkan stadium merdeka.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...