Kongsikan Entri Kami

Thursday, 10 May 2012

Cool : Masjid Pertama Dibina Di Dasar Laut (2 Gambar)

Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. 

Penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Sumber : Here


5 comments:

SyAz_AleXandRia said... Best Blogger Tips

Fuhhh..masjid dlm laut..nice :)

SyAz_AleXandRia said... Best Blogger Tips

oh..lpe lg..1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

yelerr tew

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul ke ni mcm tak caye jer....nampak macam dorang pasang paip je.tak nampak cam masjid pun .admin jangan nak wat citer gebang

-billy fecren

Anonymous said... Best Blogger Tips

binaan masjid tak kisah macam mana rupa pon, yang penting kewajipan menunaikan solat tu yg penting..zaman nabi pun masjid beratapkan pelepah pokok kurma je..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...