KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila
menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel
bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari
lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya
menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas
anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor,
tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu
kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam
keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas
lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga
menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah
dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah
kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
p/s : Sangat kesian kepada ibu tua ni.. Terima kasih kepada pekerja hotel yang sanggup membantu dan menjaga ibu tua ni walaupun dari bangsa dan agama yang berlainan. Harap anak dia datang dan ambil balik ibunya ini..
Sumber : Here
19 comments:
aku 1st...
hahahahaha.....yg lain korok mung nak main 1st2...
bodoh nyer anak x kenang budi langsung!!
neraka la tempat pemuda berumur 27 itu..
tak boleh nak kata apa sgt.. manalah tau kalau2 anak dia ditimpa kecelakaan ke.. manusia zaman sekarang mmg tak dpt nk dijangka, tapi siapa kita untuk menjatuhkan hukuman pada dia sedangkan hujung pangkalny pun kita tak tahu. janganlah bersangka buruk.
betul gak ckp pwencess9..ne la tau anak die ditimpa musibah..kte x tau..Allah-ualam.tpi kalu mmg sengaja die wat cmtu..neraka la jawabnyer..
perghh!!..bongok pnye anak..bergenang kot air mata tgk mak cik ni nangis
neraka jahanam hotel ko yg seterusnya...
love my mom so much ....
kayu api lh nnt ko kt neraka
Bukan kita yg memandai2 bagi hukuman neraka ke syurga. Semua 2 d tangan Allah.
Doakan terbaik buat makcik 2, smoga anak dia dtg balik.
Aku Menangis tengok video ni.. Minta dijauhkan perangai yang teruk ini... Na'uzubillah..
nerakalah tempat ko anak yg amat celaka babi!!!
yg sebenarnya anak dia tu eksiden dan sakit sebab tu dia x dapat dtg..phone dia pun hilang
kowg smua x leh nak salahkan dia gak...kowg smua x tau apa sebenarnya masalah dia...aku tau masalahnya...sbb aku ada dgn dia...tp x perlulah aku nak jelaskan dlm blog nie, tp satu jew aku nak katakan,cuba kowg berfikiran logik... katakanlah tetiba anak dia sakit, kena tahan hospital, sapa nak jaga mak dia??? sapa nak tgkkan makan minum dia, padahal dia anak tunggal dalam family 2, dia tempatkan mak dia kat hotel 2, bukan dgn x berduit, bg duit makan dgn bayar hotel, dia tempatkan mak dia tempat yg x jauh dr owg hotel boleh tgk,benda jd mcm nie cuma kerana lambat bayar duit hotel sbb dia SAKIT...kowg smua boleh pkkan, klu dia x sayangkan mak dia, kenapa dia sanggup letakkan di hotel, bayar hotel tue sehari rm50 dimana ada owg boleh tgkkan dia, tolong jaga dia... di rumah cuma diowg 2 beranak jew yg duduk...x da sapa nak tgkkan betul x???drpd dia buang mak dia kat tepi jalan raya???itu baru betul kowg nak kata dia anak derhaka, anak x bertanggungjawab, etc...kawan2 semua, dia ada perasaan mcm kita semua, x kan dia nak wat mcm 2???nak harapkan sedara mara dia, nak tanya khabar pun x da langsung, bila dah jd mcm nie, bru nak ckp yg ahli kluarga dia nie x bertanggung jawab, anak derhaka, anak x boleh diharap... padahal mereka x tahu mcm maner dia menjaga mak dia yg uzur kat cn...sakit, makan minum maknya semua dijaga oleh ANAK TUNGGAL dia yg sowg nie, nie bila anak dia sakit, ada diowg amik tahu???renung jauh2 sedara sedari sekalian...klu apa aku cakapkan dalam comment nie x betul or salah pada pandangan kowg, aku minta maaf byk2...tp apa yg aku cakapkan or luahkan perkara nie adalah benda yg betul2 terjadi...nie bukan kehendak dia...dia bukan owg yg kowg sangkakan...
ishhh x dpt ak byg kn prasaan warga emas nie....
@jert-jert Alhamdulilah anak dia bukan macam ni ;)
omg! kesian si ibu tua itu..... jkalau benr apa yg diternagkn oleh anonymous td... semoga lelaki itu cpt smbh dan ibunya cpt2 la dijaga dgn baik kerana ibulah stu2 nya perkara yg xpnh dpt dibndingkn nilainya......
Post a Comment