Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 6 March 2012

Berita : Dihukum Sebat 2080 Kali Akibat Merogol Anak Sendiri (Gambar)


SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

p/s : Ni baru betol hukuman.. setakat sebat 10 pastu penjara, tak serik kot.. try buat macam ni kat Malaysia.. Hehe

Sumber : BLM 




13 comments:

mDOTsyafiq said... Best Blogger Tips

NGERInya

Anonymous said... Best Blogger Tips

ngeri x ngeri...bru xder org nk bt da...

ini tidak...ada ORANG boleh plak cakap ckp hudud tiada dalam al-quran/ulama reka2..

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang ini patot!!!..aku sangat sokong dan aku okay

Anonymous said... Best Blogger Tips

TIB, (Thats It Baby) ITU DIA BAYI

Unknown said... Best Blogger Tips

Haaaa buat camni kat Mesia~

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi care sebatan tu mcm xikut aturan je..penyebat tdk boleh angkat tgn lebih dari ketiak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

saya tau ni bkn kt arab saudi..hukum islam ada batas dan syaratnya..seseorg yang menyebat tidak boleh mengangkat ketiak seperti mana dalam gmbr..begitu juga dgn jumlah sebatan..hendak ketahui lebih lanjut wahai sahabat seagama,sila rujuk kitab suci kita AL-QURAN NUL KARIM..semoga kita semua dpt jawapan yang sebenar..WALLAHUA'LAM..

Anonymous said... Best Blogger Tips

gambar tu bukan arab la.. apa la admin ni... berita dah btul.. gambo yg saloh nanti persepsi org thadp hukuman blandaskan syariah ni salah.

Anonymous said... Best Blogger Tips

huh

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tak patut, sepatutnya dia kena sebat 3,526 kali barulah adil 2,080 sikit sangat.

Anonymous said... Best Blogger Tips

adess anak pon pun nk dirogol...kat Malaysia pon jadik cam ini...bukan nk mempersendakan bangsa sendiri...nampak kat berita TV Malaysia tue rata2 org Melayu yg merogol anak...face the reality..buat aper berselindung...biar kita sendiri sedar dan jgn buat..

bodat said... Best Blogger Tips

Cocok hukuman itu, apa lg buat malaysia negara yang selalu buat sodom

Anonymous said... Best Blogger Tips

Indonesia tempat pertamanya sodom...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...