Kongsikan Entri Kami

Monday, 9 January 2012

Berita : Anwar Seronok Dengan Kesilapan Jay Jamalina


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata amat gembira apabila penyampai berita Buletin Utama TV3, Jay Jamalina tersasul menyebut beliau sebagai Perdana Menteri, kelmarin.

Ketika berucap di hadapan penyokong beliau di Kampung Baru semalam, Anwar tidak ketinggalan dari mengulas mengenai isu berkenaan.

“Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), apa dia cakap betul ke tidak,” katanya dengan dijawab betul oleh para penyokongnya dalam perhimpunan di Kampung Baru di sini malam tadi.


Anwar berkata, beliau faham kalau kesilapan itu berlaku di televisyen Thailand, Indonesia atau Iran.

“Ini TV3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya girang sambil disambut penuh sorakan para penyokong beliau.

Jay Jamalina dengan pantas meminta maaf secara terbuka melalui laman sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurut Jay yang juga merupakan penyampai laporan berita setiap jam dan laporan trafik terkini di Hot FM, dia benar-benar tidak sengaja ketika berniat untuk menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan tersebut pula nama Anwar.

“I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was complete slip-of-the-tounge. Tidak disengajakan. (Saya ingin memohon maaf kerana tersasul ketika Buletin Utama tadi. Ia memang benar-benar tersasul. Tidak disengajakan.),” katanya di laman twitter tersebut.

Dalam siaran Buletin Utama yang disiarkan secara langsung kelmarin, Jay Jamalina melaporkan tentang lawatan kerja Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang dijangka mampu meningkatkan jumlah pelaburan pada tahun ini.

Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Kesilapan itu bagaimana disifatkan penyokong Anwar sebagai petunjuk beliau akan dilantik ke jawatan tertinggi kerajaan itu.

Keinginan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri agak nyata apabila beliau sebelum ini memberitahu akan ada Perdana Menteri sementara atau interim yang akan menyerahkan kuasa kembali kepada dirinya sebaik dibebaskan dari penjara jika didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar juga amat yakin Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum ke-13 dan beliau akan dilantik ke jawatan itu.

Sumber : Here



14 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

admin pon asyik tersasul gakk , sebab siar entry ni berulang kali =)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Merepek tol.. perasan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

amin...

Anonymous said... Best Blogger Tips

artikel ni seolah-olah nak persenda anwar , konon anwar ni perasan nak jadi pm. siap dengan gambar macam tu .

Anonymous said... Best Blogger Tips

dh mmg pun kan DIA NAK SANGATTTTT ......cm *&&*%^%$$$& je!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape agaknye yg akn berlaku kalo anwar mentadbir.....?

Anonymous said... Best Blogger Tips

x payah nk yakin sgt laa org tua...jg dlu ank bini ko sblom ko nk jg rakyat yg berjuta2 ni...
aku mmg x yakin klau dia jd PM..alamat lingkup la negara ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku plak teringin nak tgk cmner nnti kalo dia jd PM. yerla.. kdg2 ni bile dah bosan dgn yg sedia ade, nak try ubah angin lak. haha...

Anonymous said... Best Blogger Tips

btul tu... pm yg sedia ada ni da cukup bagus ke????

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha. bagus korang ni elok2 boleh aman sikit g hidup la mcm indon semua merempat sane sini kalau mamat ni jd pm. whatever

Anonymous said... Best Blogger Tips

Haha.camna lak leh tau apa yg jdi lau sape2 jd pm,takde relevannye pun..try luk bru tau.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku xkesah sape yg jd asalkn jujur n telus.
n org yg jd tu plu la pndi mndidik family esp wife.

b'nanah ok telinga ni dgar alasan beli cincin juta2 gune duit mnabung sjk kecil.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo mcm nie perangai nak jadi PM, baik x payah. perasan sgt.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Poyo je anwar nih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...