Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 22 November 2011

Takziah : Dua Penyokong Indonesia Maut Dipijak Di Stadium Bung Karno (4 Gambar)


JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

“Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.


Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus.

“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu.


“Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya.
Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui.


Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. – AFP

Sumber : Here



18 comments:

mia amira said... Best Blogger Tips

takziah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

balasan

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn ckp mcmtu...dh sampai ajal diorg..tiap2 drp kita yg hidup ni dh d tulis Tuhan akn mati dlm cra trsendiri...itu cara mereka brdua mati...kita ni ntah mcmna pula..takziah kpd kluarga mangsa..

kikoq said... Best Blogger Tips

takziah

Anonymous said... Best Blogger Tips

islam ke dia nk al fatihah kan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sikap rakyat Indonesia yang terlalu ekstrim

seliparbiru85@gmail.com said... Best Blogger Tips

semputla tu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

terlalu fanatik smapi m'bahaya kn nyawa..tp ini lah die takdir & ajal mereka.. takziah.

minoari89 said... Best Blogger Tips

semua kat tmpat besar2 jd mcm 2...nak boloskn diri msng2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

teringat kes peminat kelantan.... same kaler same ekstrim nyerrr

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam tazkirah :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

amin :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian nya..ini hanya permainan sahaja tak kan sampai saling membenci kerana bola sepak semata-mata...jahat atau baik pun mereka kita sama je..sama2 manusia..tanda2 kiamat dipercepatkan kerana kehangatan rasa benci di antara sesama manusia........May God Bless them Soul..

Anne said... Best Blogger Tips

takziah..kecian...kite sesame manusia ni xelok saling membenci...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anonymous... ko tu islam ke? kejam nye, orang mati pun xde tunjuk belas kasihan. ko ngat dia mati pasal kutuk islam ker.. watdafak.

Anonymous said... Best Blogger Tips

takziah.

Hant said... Best Blogger Tips

kesian..takziah...

DOWNLOAD Cowboys And Aliens (2011) DVDRip-MEDIAFIRE

DOWNLOAD filem Jackie Chan's yg ke-100! THE 1911 REVOLUTION

DOWNLOAD filem DEADHEADS (2011) cerita zombie yg kelakar!

antechno said... Best Blogger Tips

al-fatihah...
belajar dulu akh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...