Sebuah dokumentari mengenai seorang budak OKU yang berusia 11 tahun telah ditayangkan oleh MBC tahun lepad tetapi hanya baru-baru seluruh dunia mula memberi perhatian kepadanya apabila gambarnya mulai disebarkan melalui Tumblr. Yu Tae-ho yang kini berusia 11 tahun dilahirkan tanpa tangan dan hanya mempunyai empat jari pada setiap kakinya. Selepas seorang doktor memberitahunya yang dia mungkin tidak hidup lama, Tae-ho telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya kepada seorang wanita (Seung Ga-Won) yang telah membesarkannya sehingga kini. Kisah Tae-ho ini telah membuka mata ramai di Korea untuk lebih prihatin dan tolong golongan yang kurang upaya ini. Hidup Tae-ho walaupun dikatakan akan meninggal tidak lama selepas dilahirkan langsung tidak betul kerana dia telah membesar menjadi seorang yang begitu disukai ramai. Tae-ho begitu minat untuk pergi ke sekolah serta membantu kedua-dua adik-beradiknya untuk bersedia ke sekolah. Tae-ho juga sentiasa memastikan personaliti luarannya juga dijaga. Walaupun dia hanya mempunyai empat jari pada kakinya, itu tidak menghalangnya untuk menukar pakaian serta memberus giginya. Tae-ho juga mempunyai seorang rakan rapat yang begitu prihatin dan sering membantunya iaitu rakan sekelasnya Nam-Goong-Ingee. Tae-ho menyatakan dia tidak akan putus harapan untuk melakukan sesuatu walaupun dia tidak sempurna.
p/s : ini satu pengajaran untuk semua orang agar bersyukur dengan apa yang kita ada. Gambar yang pernah dikongsi di FanPage Aku Stress Giler
hellokpop
6 comments:
:') terharu.. OKU pun mempunyai semangat yang tinggi ni kan pula kita yang sempurna fizikal
sedihnya, semoga kanak2 ninanti akan membesar menjadi orang yang berguna...
rase nak nangis je tngk budak nih.....
..xtau nk ckp apa dh..kuat budak ni..sapa yang boleh lawan..
tabah sgt2..
nangis jer ble tgk bdk ni, teringat plak kat ank angkat yg mak ambi dulu...tp lepas dia 3 thn lebih mak kandung dia ambi blk...huhu sedih sgt masa tu...smpi kluar rmh xleh thn tgk adik angkat kesayangan mak kandung dia ambi blk....adik angkat sya ada masalah kaki bengkok sejak kena lahir,dri baby lgi sya tolong mak jge...syg sgt kat dia, kluar masuk hospital byk kali sebab ade ampus n kaki kedua belah kena pasang simen utk luruskn tulang kaki...skrg dia da umur 7 thn...ble jln...cume masih bengkok sikit jer,pena skali dia kena hantar utk melawat ngn kami masa tu umur dia 5 thn...dia kluar nk men2 ngn bdk lain tp xde yg nk kwn,sedih jer dia...smpi dia tnya kat kita npa kaki sya bengkok?..tekejut bila dia tnya mcm tu..ktanya kwn2 dia xnk kwn dia sb kaki bengkok..sedih hati sya,nk nangis pun ade msa tu...bila tiba ari jd dia...sya x pna ketinggalan nak kol, wish dia bday...sb syg sgt ngn dia...huhuhu
Post a Comment