Kongsikan Entri Kami

Thursday, 6 September 2012

Renungan : Apakah Perbezaan Antara Duit RM1 dan RM100?



Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit te
rsebut.

RM100 bertanya kepada RM1,


"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"


RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".


Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,


"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"


Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"


Lalu RM1 bertanya lagi,


"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"


Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"


RM1 pun berkata lagi,


"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.


Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"


Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.


Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula oleh
Oh! Islam. SHARE & LIKE jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan yang lain.
 
 

6 comments:

MIZZSEVEN said... Best Blogger Tips

wordless

Anonymous said... Best Blogger Tips

If You wordless I'm speechless
:)

Anonymous said... Best Blogger Tips

thanks admin...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh punya org

Anonymous said... Best Blogger Tips

oo ni versi lain.. dulu punya versi sindir org yg derma singgit di surau. ni versi sindir duit rm100 tu plak. tapi sama objektif. keepidap!!

Mr Kundi said... Best Blogger Tips

seratus ngan singgit.. beza dia kat 00 tu je.. hehe.. kalau ade lebih org melayu ramai yang sedekah 100 ni.. wa ingat lagi masa bapak wa collect duit masjid kampung wa.. masa tu org melayu baru dapat duit tanah.. berkeping2 100 dalam tabung.. maksud dia.. org melayu bukan tak nak.. tapi tak mampu.. :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...